pernah terfikir tak untuk berhijrah untuk menjadi lebih baik.. pernah tak terfikir niat sebenarnya..
aku cuba untuk berubah. pakai handsock, stokin, cuba tutup aurat, walaupun takdelah selabuh mana tapi ku cuba asal aku keluar rumah, takdelah malaikat catat sahaja dosa aku..
kononnya cuba jadi baik. aku nak jadi muslimah!!!
tapi.. pernah aku bercakap dengan sorang kawan ni.. masa tu dia dah nak kawen, kawan aku ni(lelaki) memang baiklah dari segi agamanya,
tengah bersembang2 tu, aku pon cakap, yela kau, aku pon nak jadi baik, supaya boleh dapat yang terbaik. dia diam dan nasihat yang dia bagi masa tu betul betul buat aku sentap..
"mira, kalau kau nak berubah sebab manusia, manusia tu jelah yang kau dapat, tapi kalau kau niat nak berubah sebab Allah dan Rasul, semua kau dapat, cinta Allah, cinta Rasul, cinta manusia.."
terasa bagai ditikam 14 kali
Masya-Allah ya rabbi, apa tujuan aku selama ni..
pandangan manusia? saat tu aku sedar, aku silap. Niat aku dah bercampur riak. Tersedu sedan aku malam tu. mintak ampun. Aku lupa Dia, aku lupa untuk Dialah aku hidup. untuk jadi hambaNya..
jadi, peringatan pada semua, sentiasa letakkan niat kerana Allah.. kalau niat dah ke arah lain, dah beserta dengan riak. sia sia je..
Read more...