Showing posts with label info info. Show all posts
Showing posts with label info info. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

diet ikut jenis darah


Kaedah ni aku baca kat magazine. Daripada Dr Peter J D'amo. Google jelah ek kalau nak kenal sape dia...Jom kenal cara diet yang sesuai untuk darah kita.


Jenis darah
Ciri ciri!!
Jenis O
    • Sistem kekebalannya berlebihan
    • Disarankan ambil makanan tinggi protein dan rendah karbohidrat. Ex: daging, buah,ikan, sayuran
    • Tindak balas yang baik terhadap stress dan dapat menanganinya dengan aktiviti fizikal
    • Risiko terkena penyakit : yg disebabkan oleh radang dan kerosakan organ spt arthritis bila makanan yang diambil tidak bersesuaian dengan tubuh

Jenis A
    • Sistem percenaan yg sensitif
    • Digalakkan utk jadi vegetarian atau makan makanan yg tinggi karbohidrat dan rendah lemak
    • Cara atasi stress: meditasi
    • Sistem kekebalan tak sekuat jenis O

Jenis B
    • Disarankan utk lakukan variasi diet
    • Sangat sesuai untuk menikmati produk susu
    • Disarankan untuk menjalani latihan pergerakan spt renang dan jalan kaki
    • Kalau salah pilih makan, kemungkinan untuk terkena virus yg boleh menyerang saraf adalah sangat tinggi
    • Ada sistem kekebalan tubuh yang kuat
    • Cara atasi stress : lakukan pekerjaan yg perlukan kreativiti
    • Jenis darah yg paling seimbang

Jenis AB
    • Memiliki sistem percenaan yg sangat sensitif
    • Sistem kekebalan tubuh yg sangat seimbang
    • Cara atasi stress: lakukan aktiviti fizikal dan aktiviti yg melibatkan kreativiti
    • Bentuk diet: gabungan A & B





Read more...

atasi kekejangan otot


Eerrrhh cramp. Heii tak warm up ek. Hemm.. Tadi masa joging ada kawan kena kejang otot. Oke kalau kena keadaan ni, macam mana nak buat

  • Otot hamstring pada belakang paha memerlukan banyak regangan berbanding dengan otot quadriceps di bahagian hadapan kaki. So, bila kena kejang otot, lakukan regangan dengan cara membongkok sambil menyentuh pergelangan kaki
  • Kemudian, berdiri tegak dan lenturkan badan ke belakang
  • Sekiranya kejang mula berkurangan, duduk dengan kedua belah kaki terlunjur ke hadapan
  • Bongkokkan badan ke depan sehingga wajah menyentuh lutut

*pastikan sebelum latihan, buat pemanasan dan regangan. Buat betul2 taw. Nanti injured baru taw.tamaw tamaw tamaw

CC to my coach= sir Ganesan.Big thanks to u  for  giving me so much knowledge :)



Read more...

jom berlari!!!


Kini aku bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Cc to tomok
Oke aku suka berlari. Suka berolahraga, suka bersukan. Rasa seronok bila pijak track tu. Rasa bahagia bila berpeluh sebab bersukan. Tak caye. Try lah.. Banyak faedah bersukan nih. Badan cergas minda pon jadi cerdas. Tade la kena obesiti, Jom kita semak cara berjoging yang betul

5 teknik betul berjoging

1. Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.

2. Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit.

3. Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut.

4. Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.

5. Pastikan berlari atas permukaan selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan rakan pada masa yang sama.






5 panduan mengelakkan kecederaan

1. Pastikan anda berlari di permukaan rata dan lembut seperti di atas rumput atau laluan khas untuk aktiviti ini. Permukaan kaki lima dan konkrit adalah berbahaya dan boleh mendatangkan masalah pada tubuh badan anda.

2. Jangan berlari di permukaan tidak rata atau senget.

3. Tukar kasut larian anda jika ia sudah digunakan untuk larian lebih 900 km kerana kebiasaannya daya anjal dan sokongan kasut hilang apabila kerap digunakan.

4. Mulakan aktiviti ini secara berperingkat. Elakkan menambah jarak larian lebih daripada 10 peratus seminggu. Jika anda mengalami sebarang kesakitan atau rasa tidak selesa akibat larian atau joging, rujuk kepada pakar kesihatan.

5. Sentiasa lakukan sesi memanas dan menyejukkan badan. Sebelum berlari, berjalan secara pantas kira-kira lima minit. Mulakan larian secara perlahan dan tambah kelajuan secara berperingkat. Apabila hampir tamat, kurangkan kelajuan sedikit demi sedikit habiskan larian dengan berjalan. Lakukan sesi menyejukkan badan dengan berjalan selama lima minit diikuti dengan regangan otot selama dua atau tiga minit.




*hari ni 6 round tanpa stop. Sasaran minggu hadapan =10 round. Chaiyok chaiyok mira!!majulah sukan untuk negara.




Read more...

onimania


Oniomania atau kata lainnya SHOPAHOLIC. Ha… mesti ramai yang suka shopping kan.  Jom  tengok anda dari jenis kategori yang mana


COMPULSIVE SHOPAHOLIC
 Pembeli jenis ini biasanya menggunakan shopping sebagai cara untuk mengatasi kebosanan dan kemurungan, dan akan merasa lega dan bahagia bila dah buat pembelian itu. (Lepas dapat barang kesukaan tu, senyum lebarlah) . Bagi mereka, shopping adalah hobi. Masalahnya, pembeli  jenis ini sanggup buat apa saja untuk shopping barang yang diingini  mereka. Jika anda sanggup gunakan kredit kad dan tutup mata je masa keluarkan duit(walaupun tengah kering kontang masa tu) untuk shopping, atau menghentikan segala-galanya yang anda lakukan apabila butik-butik  kegemaran anda ada sales, maka anda mungkin adalah COMPULSIVE SHOPAHOLIC

BULLIMIC SHOPAHOLIC
Pembeli bulimic tidak mempunyai masalah membeli barangan seperti Compulsive shopaholic  lakukan, tetapi rasa resah dan gelisah apabila membeli barang itu membuatkan mereka pulangkan barangan yang ingin dibeli itu ke kaunter pemulangan. Pada mulanya mereka rasa gembira tetapi kemudian mereka akan rasa menyesal dan keliru. Jika anda menyalahkan diri dan menyesal apabila mereka dompet anda semakin kurang wangnya apabila membeli sesuatu, maka  mungkin andajatuh pada kategori ini

TROPHY SHOPPER
Wang bukan masalah bagi anda. Anda tidak kisah untuk membayar sebanyak mana pon asalkan barang yang anda beli itu adalah 'perfect' dan anda akan kelihatan cantik dan 'charming' apabila memakainya. Biasanya barang-barang yang anda beli adalah barang barang berjenama mewah. Jika anda rasakan bahawa anda mempunyai super-expensive taste, maka anda jatuh pada kategori ini.

BARGAIN SHOPAHOLIC
Sales offer adalah kegilaan anda. Nampak sahaja sales, pasti anda akan meluru ke hadapan. Hasilnya, almari  dan rak anda dipenuhi dengan pakaian dan kasut yang tidak pernah dipakai . Kelamahan anda yang paling ketara, anda sukar berjalan keluar tanpa beg plastik di tangan. Walaubagaimanapun, anda boleh tahu harga yang berpatutan untuk sesuatu jenis barang itu.

INTER-RELIANT SHOPAHOLIC
Pembeli jenis ini adalah jenis yang suka menghargai orang lain. Anda suka mndapat sokongan dan galakan dari orang lain. Jadi,  pembeli jenis ini jarang membeli untuk diri sendiri, tetapi suka membeli belah untuk orang lain, dengan harapan untuk merapatkan hubungan.








Read more...

Monday, 3 December 2012

gagal lagi??? aduhh..


Bila kita berhadapan dengan kegagalan, adakala buat kita berfikir yang kita ni tak guna.. Ohh rasa tanak jumpa orang lain.. Rasa  rendah diri… negatif.. Gelisah.. Rasa nak marah.. Betol tak.. Tapi relax la kawan.. Hidup ni macam roda.. Kadang kat atas, kadang di bawah.. Ceh, cakap memang pandai cuba kalau kau kat tempat aku.. Mesti rasa nak cakap macam tu kan.. Oke bagi sapa yang rasa depressed tu n nakkan hidup yang CERIA ini panduannya

CARI HIKMAHNYA
Jangan terus pandang rendah pada apa yang berlaku, ingatlah apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan bagi ujian yang tidak mampu hambanya lakukan. Lagi banyak ujian yang diberikan pada kita, itu maknanya Tuhan sayang kita.. Faham tak sayang?Think positive oke

PANDUAN
Next, mintak panduan n petunjuk daripada orang lain untuk membantu diri kamu ubah dirimu. Kenapa? Kerana dirimu sangat berharga. Hehe, mintaklah nasihat sahabat2, kaunselor, ibu bapa n orang terdekat dengan kamula.Mintak pandangan mereka untuk bantu kamu bangkit dari kegagalan tu. Tapi janganlah nasihat tu masok telinga kanan keluar telinga kiri. Kuatkanlah semangat untuk melakukan apa yang diminta.

PERBAIKI DIRI
Ha, paling penting oke. Selain dari cuba memperbaiki diri, jangan malu untuk ungkapa kata maaf. Tidak kiralah pada diri sendiri atau orang lain. Berjanji pada diri yang kamu takkan ulang lagi kesilapan itu. Cara terbaik kamu tebus kesilapan pada diri sendiri adalah berbuat baik dan lakukan sesuatu yang berfaedah

TERUSKAN BERUSAHA
Sentiasa percaya setiap kegagalan itu adalah jalan untuk kamu menuju kejayaan. Tengok orang yang berjaya. Sir Colonel dulu pon kali ke 1000 barulah resepi kfc diterima. Jangan fikir apabila kamu gagal, semuanya musnah. Nope oke dear, Tidak kiralah sebanyak mana kamu gagal, percayalah tuhan tidak akan mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha. Satu hari nanti impian kamu pasti terlaksana. CHAIYOK CHAIYOKK!! :))

Read more...

Tuesday, 6 November 2012

tak boleh tidur malam?? opps.... anda ada simtom insomnia ke?

oke. sekarang jam dah pukul 2.19 pagi dan mira tak tidur lagi. So, entry kali ni... mira nak share info pasal insomnia la. so sape sape yang geng burung antu n klawar boleh la usha usha kot kot membantu kan

Apa tu insomnia ha?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri
§  Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
§  Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
§  Epilepsi
§  Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
§  Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
§  Penyakit Parkinson
§  Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
§  sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
§  Rest leg syndrome
§  Pedih hulu hati
§  High altitude insomnia
§  Angin ahmar
§  Penyakit Alzheimer
§  Ketumbuhan otak
§  Migrain
TIPS UNTUK MENGATASI!!!!
*     Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
*     Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
*     Elakkan tidur pada waktu tengah hari
*     Melakukan senaman dengan kerap
*     Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
*     Jangan merokok
*     Belajar menangani tekanan
*     Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.



Read more...

Friday, 26 October 2012

cinta vs suka??

cinta ke suka ha? ramai yang keliru ni.. cubala korang bandingkan


  • Di hadapan orang yang kita cinta, hati akan berdegup kencang. dup dup dup
  • tapi... kat depan orang yg kita suka, hati akan gembira                                                          

  • Kalau kita lihat dalam mata org yg kita cinta, kita akan kaku
  • Kalau kita melihat ke dalam mata org yg kita suka, kita tersenyum :)

  • Di depan orang yg kita cinta,lidah kelu untuk berkata kata
  • Di depan orang yg kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja

  • Di depan orang yg kita cinta,kita jadi malu...
  • Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan diri kita yang sebenar

  • Kita tidak boleh merenung mata org yg kita cintai
  • Tapi kita selalu merenung mata orang yg kita suka

  • Bila orang yg kita cinta menangis, kita akan turut menangis
  • Tapi bila orang yg kita suka menangis, kita akan cuba buat dia gembira

  • Di depan org yang kita cinta,kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang dia akan terguris
  • Di depan orang yg kita suka kita terlalu mudah untuk berterus terang sebab kita yakin terus terang itu yg paling baik 

Betul ke tak aku pon tataw. Rasanya cinta yg paling indah n true love tu cinta lepas kahwin je. Yang lain semua mainan syaitan je kan. 

Read more...

FIKIR DULU SEBELUM TELAN.



"ngap ngap ngap ngap ngap ngap (bunyi makan). woahh, kenyang kenyang kenyang, terasa indah dunia ni kalau tiap tiap hari kenyang macam ni !"

Dalam setiap hari kita melantak , pernah tak kita mencabar minda kita untuk berfikir apa yang kita makan? apa kandungan makanan tu? pergi mana makanan tu? jadi apa makanan tu? apa kesan nya?
so, post kali ni mari kita jejak, jelajah, intip, kupas, teroka, gali, korek dan lihat tentang jenis jenis makanan yang boleh bawak bahaya kepada struktur organisasi badan kita.

JENIS  MAKANAN  BAHAYA  ; -



Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)

Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.





Jenis makanan: Ayam Goreng

Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak)Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.





Jenis makanan: Susu Kocak

Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.




Jenis makanan: Kentang Goreng

Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan. 



Jenis makanan: Minuman Cola

Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.



ANTARA PAKEJ PENYAKIT YANG DISERTAKAN BERSAMANYA ;



  •   Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan air dan kalsium semasa melakukan proses  perkumuhan.
  •   Ganguan pada denyutan jantung.
  •   Kandungan kalium dalam darah menjadi rendah dan menyebabkan denyutan nadi tidak konsisten dan  berkemungkinan mati mengejut
  •   Kekurangan zat makanan menyebabkan kulit menjadi kering,rambut gugur dan tidak bermaya.
  •   Kandungan elektrolit badan tidak seimbang.
  •   Mengalami masalah psikologi seperti perasaan rendah diri dan suka bersendirian.
  •   Kekurangan rembesan estrogen.
  •   Mempercepatkan proses osteoporosis.
  •   Penghakisan lapisan epitelium pada kerongkong.


Hah baca tuh. pehe dok mu?? yummy, mengancam jiwa tapi.... errrkk bahaya kot.. bak kata orang yang sedap tu yg bahaya, yg pahit tulah yg ubat. So kalau nak sihat hindarilah makanan makanan sebegini. Nak makan boleh tapi kuantiti berpada pada la yer. :)


Read more...

Pedassss woooiiii... apa nak buat nih??

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya kan??
Tadi makan sambal belacan.. mak oiiii. pedas gilerr.. merah terbakar muka.. minum air pon tak lut. tetiba rasa nak share ilmu ngan korang cara cara nak hilang/kurang rasa pedas ni. yela mesti ramai peminat hot and spicy ni nak taw kan. 




Langkah langkah


1. cuci tangan kamu dan kawasan lain yg telah beesentuh dengan cili menggunakan pencuci tangan ataupun sabun biasa bagi mengelakkan rasa terbakar ini tersebar

2. minum susu atau makan mana mana jenis produk tenusu, eg: keju krim atau krim masam untuk legakan rasa kesan Capsicum di dalam mulut

3. Hadkan oksigen dengan menutup kawasan yg terlibat dengan kain atau yogurt, & mulut kamu sekali sekala( jangan pengsan dahla ep)

TIPS 


  • Air sebenarnya tak membantu melegakan rasa pedas. Kepedasan cili menggunakan unit Scoiville iaitu ratio air yang diperlukan untuk menghentikan rasa terbakar Capsaicin. Sebagai contoh ialah cili Jalapeno yang diberi kiraan 2500++ unit dan habaneros berada sekurang kurangnya 350000. (aku pon tak paham, korang angguk2 jela). Ini bermakna untuk menghentikan rasa kepedasan seseorang itu memerlukan 19 gelen air iaitu 1 auns Jalapeno. ha amek kau. kembungla perot
  • sos tomato boleh guna untuk legakan kepedasan
  • rawat kesan terbakar akibat cili pedas  menggunakan minyak sayuran (vege oil)

SELAMAT BERAMAL. hehe


Read more...

Friday, 12 October 2012

JANGAN MARAHLA.. TAMAW TAMAW TAMAW

aku panas je tengok dia tu, tengok muka je aku dah rasa nak pelempang, amboih amboih... senang senang nak lempang anak orang ye.. mana boleh bro..

kenapa marah ye??? hemmm... macam macam la kan. tertekan, rasa dizalimi, dikhianati, diperkecil.. n kebanyakannya berkaitan dengan ego seseorang. semakin besar egonya, semakin besarlah marahnya. grrrr

tapi kan.... taw tak.. 

BURUKNYA FIZIKAL ORANG YANG MARAH NI!!!!
-warna kulit berubah
-kaki n tangan menggeletar
-perilaku lain dari kebiasaan
-gerak geri tak tentu arah
-muka merah padam

LAGI????
-mencaci 
-memaki hamun
-mencarut....
-memukul
-menyerang
-mencederakan sampai ada yang sanggup membunuh
-aniaya diri sendiri

MACAM MANA NAK KAWAL YE??

-didiklah diri merasai kalau2 kita yang bersalah. mesti kita tak suka orang mara kita kan? macam tu jugaklah orang lain. Mereka tak suka dimarahi, tapi suka ditegur dengan lemah lembut n kasih sayang
- baca ta'awwuz "aku berlindung daripada syaitan yang direjam"
-amik wudhuk kerana wudhuk dapat sejukkan api kemarahan
-diam
-berzikir "subhanallah, Alhamdullillah, La ilaha ilah, Allahuakbar, dan sebagainya
-menyebut asma Al husna
-lakukan amalan untuk tambah keimanan n mendidik jiwa
1) solat taubat
2)membaca Al Quran
3)berpuasa sunat
4)bersedekah
5)buat kebaikan dan berpesan kepada orang lain dengan kebaikan

-minum air dan berdoa
-mengawal pernafasan, cuba tarik nafas melalui hidung dengan 7 kiraan.tahan sampai kiraan 14, lepaskan melalui mulut dan hidung secara perlahan2.buat 10 kali ye.
-jaga diet permakanan. makan banyak sayur,kurangkan makan daging merahn banyak makan daging putih, biasakan makan buah dulu baru makan benda lain,jgn makan benda2 yang ada bahan pengawet
-beriadah
-buat aktiviti lain untuk elak marah. lari 10 round padang ke, dengar lagu, usha orang lalu lalang, tengok tv,  sampaila reda marah


INSYAALLAH HATI LEBIH TENANG. selamat beramal. hehe

-




Read more...