Oniomania atau kata lainnya SHOPAHOLIC. Ha… mesti ramai yang suka shopping kan. Jom tengok anda dari jenis kategori yang mana
COMPULSIVE SHOPAHOLIC
Pembeli jenis ini biasanya
menggunakan shopping sebagai cara untuk mengatasi kebosanan dan kemurungan, dan
akan merasa lega dan bahagia bila dah buat pembelian itu. (Lepas dapat barang
kesukaan tu, senyum lebarlah) . Bagi mereka, shopping adalah hobi. Masalahnya,
pembeli jenis ini sanggup buat apa saja
untuk shopping barang yang diingini
mereka. Jika anda sanggup gunakan kredit kad dan tutup mata je masa
keluarkan duit(walaupun tengah kering kontang masa tu) untuk shopping, atau
menghentikan segala-galanya yang anda lakukan apabila butik-butik kegemaran anda ada sales, maka anda mungkin
adalah COMPULSIVE
SHOPAHOLIC
BULLIMIC SHOPAHOLIC
Pembeli
bulimic tidak mempunyai masalah membeli barangan seperti Compulsive
shopaholic lakukan, tetapi rasa resah
dan gelisah apabila membeli barang itu membuatkan mereka pulangkan barangan
yang ingin dibeli itu ke kaunter pemulangan. Pada mulanya mereka rasa gembira
tetapi kemudian mereka akan rasa menyesal dan keliru. Jika anda menyalahkan
diri dan menyesal apabila mereka dompet anda semakin kurang wangnya apabila
membeli sesuatu, maka mungkin andajatuh
pada kategori ini
TROPHY SHOPPER
Wang
bukan masalah bagi anda. Anda tidak kisah untuk membayar sebanyak mana pon
asalkan barang yang anda beli itu adalah 'perfect' dan anda akan kelihatan
cantik dan 'charming' apabila memakainya. Biasanya barang-barang yang anda beli
adalah barang barang berjenama mewah. Jika anda rasakan bahawa anda mempunyai
super-expensive taste, maka anda jatuh pada kategori ini.
BARGAIN SHOPAHOLIC
Sales
offer adalah kegilaan anda. Nampak sahaja sales, pasti anda akan meluru ke
hadapan. Hasilnya, almari dan rak anda
dipenuhi dengan pakaian dan kasut yang tidak pernah dipakai . Kelamahan anda
yang paling ketara, anda sukar berjalan keluar tanpa beg plastik di tangan.
Walaubagaimanapun, anda boleh tahu harga yang berpatutan untuk sesuatu jenis
barang itu.
INTER-RELIANT SHOPAHOLIC
Pembeli
jenis ini adalah jenis yang suka menghargai orang lain. Anda suka mndapat
sokongan dan galakan dari orang lain. Jadi,
pembeli jenis ini jarang membeli untuk diri sendiri, tetapi suka membeli
belah untuk orang lain, dengan harapan untuk merapatkan hubungan.

No comments:
Post a Comment
dear, leave your comment here :))