Kini aku
bebas ‘tuk berlari
Mengejar
impian aku
Yang
terkunci
Walaupun
tanpamu di sisi
Aku kan
berlari
Teruskan
berlari
Cc to tomok
Oke aku
suka berlari. Suka berolahraga, suka bersukan. Rasa seronok bila pijak track
tu. Rasa bahagia bila berpeluh sebab bersukan. Tak caye. Try lah.. Banyak
faedah bersukan nih. Badan cergas minda pon jadi cerdas. Tade la kena obesiti,
Jom kita semak cara berjoging yang betul
5 teknik betul berjoging
1.
Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok
90 darjah.
2.
Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit.
3.
Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan
menghembusnya melalui mulut.
4.
Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan
sebaik kaki mencecah tanah.
5.
Pastikan berlari atas permukaan selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan
rakan pada masa yang sama.
5 panduan mengelakkan kecederaan
1.
Pastikan anda berlari di permukaan rata dan lembut seperti di atas rumput atau
laluan khas untuk aktiviti ini. Permukaan kaki lima dan konkrit adalah
berbahaya dan boleh mendatangkan masalah pada tubuh badan anda.
2. Jangan
berlari di permukaan tidak rata atau senget.
3. Tukar
kasut larian anda jika ia sudah digunakan untuk larian lebih 900 km kerana
kebiasaannya daya anjal dan sokongan kasut hilang apabila kerap digunakan.
4.
Mulakan aktiviti ini secara berperingkat. Elakkan menambah jarak larian lebih
daripada 10 peratus seminggu. Jika anda mengalami sebarang kesakitan atau rasa
tidak selesa akibat larian atau joging, rujuk kepada pakar kesihatan.
5.
Sentiasa lakukan sesi memanas dan menyejukkan badan. Sebelum berlari, berjalan
secara pantas kira-kira lima minit. Mulakan larian secara perlahan dan tambah
kelajuan secara berperingkat. Apabila hampir tamat, kurangkan kelajuan sedikit
demi sedikit habiskan larian dengan berjalan. Lakukan sesi menyejukkan badan
dengan berjalan selama lima minit diikuti dengan regangan otot selama dua atau
tiga minit.
*hari ni
6 round tanpa stop. Sasaran minggu hadapan =10 round. Chaiyok chaiyok
mira!!majulah sukan untuk negara.


good info :)
ReplyDeletekeep it up..
6 round ??? omomomom