Sunday, 2 December 2012

hostel life


Teringat zaman dulu dulu… sememangnya zaman sekolahku, (form1-form3) agak nakal, seronok. Zaman baru mula nak matured. Membesar bersama kawan kawan si asrama SRC, sememangnya memberikan kenangan yang tersendiri. Bangun pagi, makan sama, kelas sama,tidur bersama, semuanya bersama la. Muka diorang je. Tapi itulah yang membuatkan kami rapat.

WAKTU BIRTHDAY- wah paling bes. Memang biasanya kami tak bagi hadiah. Sekadar kad yang dibuat sendiri je. Maklumlah manalah ada duit sangat masa tu. Tapi cara kitorang sambut besday tu, yang paling bes.Biasanya kami rumble cukup cukup  membe tu. Dan berbeza beza. Contohnya, masa birthday mira, diorang taruh garam dalam makanan kat dewan makan tu, perghh rasa masin tu, tapi buat cool je. Pastu sorokkan selipar kat  rooftop. Melompat2 nak capai kasot. Saje korang kan. Malam tu rasalah mandi ngan air stokin.hampeh. Tapi besday diorang lagi terok. Ada yang kami semakkan locker.sebarkan bubuk kan atas katil. Kapur kasut diorang(yang wane putih tu) dengan kiwi.  Letakkan katak kat beg dia. Pakat ngan aspura.. Simbah air padanya kat padang. Dan malamnya, macam biasa,MANDI dengan air sabun, telor, kulit pisang, clorox, ubat gg, dan pelbagai perisa lain. Yang paling aku ingat, besday nyta(sorang kawan baik aku). Besday dia kami pakat dengan kakak yang paling garang untuk tocher dia,. Memandangkan dia yang paling susah nak nangis, kami pakat nak kenakan samai dia nangis. Memang.. Kami pakat untuk kakak tu cakap kenapa dia rampas bf dia. Terkedu2 dia. Sampai dah agak terok tu, kami simbah ngan air sabun ramai2. nangis terok sampai tanak bukak pose(puasa masa tu). Terok kitorang pujuk dia.

FLY- haha, fly mmg paling sinonim ngan budak asrama. Aktiviti mencabar lah katakan. Kalau dapat lepas tu, kira bangga la ngan diri sendiri(masa tu la). Tapi geng aku ni tade la sampai fly malam, nak g mana kan. Fly waktu siang, menyamar jadi outsiders. Pakai baju sekolah(dalam jeans). Pegi tengok wayang pulak, mengacau orang, baling popcorn kat oranglah, tendak kerusi depan,Haha, Tak boleh bla.. Naseb baik tak penah kena bantai. Kalaulah yang kat depan tu ketua samseng, memang dah arwahlah kitorang. Balek je asrama, baju dah petak2.(kesan lipat). Rasa seronok je tengok wayang, bowling, karaoke,  pada waktu yg tak spatutnya. Dulula..

PONTENG PREP- ni memang biasa. Lawak betol. Nak ponteng prep punya pasal, sanggup, merangkak macam askar kat bawah katil, menyorok dalam locker dan macam2 la,.

MENYOROK HANDPHONE- bg budak2  hostel, hp mmg mmg produk2 yang diharamkan. Haha. Tapi adatlah remaja, lagi tak bg buat, lg itulah yang dia nak buat.. Maka apabila berlakunya spotcheck, kelam kabutlah kami, menyorok  hp dalam plastik dan tanam kat dalam tanah kat belakang hostel, toreh tilam, masukkan hp dan jahit balek, tanam dalam pasu bunga, sorok kat baldi bersama baju2 kotor, pisahkan hp dan sorok di celah2 siling, dan sebagainya la.. Kreatif betul kami dulu.

WARDEN- manusia yang paling kami benci dulu( sekarang tak lagi la). Kena kejar ngan warden, kena marah, kena jerit pekik, memang biasa. Sampaikan aku dulu pernah potong sebelah kasutnya menjadi selipar dan dan sebelah lagi bubuh cicak mati. Sebabnya beliau  membuang seliparku yg berharga rm10 sebab tak susun. Haish Astaghfirullah, apalah kami dulu.


 mandi hujan, panjat pokok, menari2 dalam dorm, kejar2, belajar sama2 dan pelbagai lagi aktiviti  aktiviti lain …… yang kalau cerita, sampai esok pon tak habis. Sememangnya, hidup di asrama tersangatlah bes.Suka duka hidup dengan korang takkan kulupa sampai mati.. Walaupun kami nakal, tapi kami masih tahu menghormati guru, dan kamilah harapan sekolah. 1,2,3 RANCANGAN KHAS.. Sentiasa di hati.





1 comment:

  1. teringin nak sambut bufday kat asrama.. tapi takleh cos bufday waktu cuti sekolah.. btw, kenangan kat asrama memang takleh nak lupa.. teringat waktu lambat p kelas the cikgu alang masuk dorm.. ada yang sorok dalam almari.. haha

    ReplyDelete

dear, leave your comment here :))