Monday, 3 December 2012

gagal lagi??? aduhh..


Bila kita berhadapan dengan kegagalan, adakala buat kita berfikir yang kita ni tak guna.. Ohh rasa tanak jumpa orang lain.. Rasa  rendah diri… negatif.. Gelisah.. Rasa nak marah.. Betol tak.. Tapi relax la kawan.. Hidup ni macam roda.. Kadang kat atas, kadang di bawah.. Ceh, cakap memang pandai cuba kalau kau kat tempat aku.. Mesti rasa nak cakap macam tu kan.. Oke bagi sapa yang rasa depressed tu n nakkan hidup yang CERIA ini panduannya

CARI HIKMAHNYA
Jangan terus pandang rendah pada apa yang berlaku, ingatlah apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan bagi ujian yang tidak mampu hambanya lakukan. Lagi banyak ujian yang diberikan pada kita, itu maknanya Tuhan sayang kita.. Faham tak sayang?Think positive oke

PANDUAN
Next, mintak panduan n petunjuk daripada orang lain untuk membantu diri kamu ubah dirimu. Kenapa? Kerana dirimu sangat berharga. Hehe, mintaklah nasihat sahabat2, kaunselor, ibu bapa n orang terdekat dengan kamula.Mintak pandangan mereka untuk bantu kamu bangkit dari kegagalan tu. Tapi janganlah nasihat tu masok telinga kanan keluar telinga kiri. Kuatkanlah semangat untuk melakukan apa yang diminta.

PERBAIKI DIRI
Ha, paling penting oke. Selain dari cuba memperbaiki diri, jangan malu untuk ungkapa kata maaf. Tidak kiralah pada diri sendiri atau orang lain. Berjanji pada diri yang kamu takkan ulang lagi kesilapan itu. Cara terbaik kamu tebus kesilapan pada diri sendiri adalah berbuat baik dan lakukan sesuatu yang berfaedah

TERUSKAN BERUSAHA
Sentiasa percaya setiap kegagalan itu adalah jalan untuk kamu menuju kejayaan. Tengok orang yang berjaya. Sir Colonel dulu pon kali ke 1000 barulah resepi kfc diterima. Jangan fikir apabila kamu gagal, semuanya musnah. Nope oke dear, Tidak kiralah sebanyak mana kamu gagal, percayalah tuhan tidak akan mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha. Satu hari nanti impian kamu pasti terlaksana. CHAIYOK CHAIYOKK!! :))

No comments:

Post a Comment

dear, leave your comment here :))