Sambil
dengar lagu sahabat sejati-unic sambil ingat kisah lama, kisah zaman kanak
kanak di tadika, zaman remaja di sekolah rendah dan menengah, zaman matrik
sehinggalah zaman universiti…
SAHABAT-
datang dan pergi. Sahabat sewaktu gembira amatlah ramai, tapi, waktu susah
memang sukar untuk kita cari.. Aku bersyukur kerana sepanjang hidupku, aku
dikurniakan ramai sahabat2 yang baik. (walaupun ada kala berjumpa dengan hanya
di depan sahaja kawan). Kalau kita
berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah kita, kalau kita berkawan
dengan penjual arak, maka busukla kita. Kawan yang baik adalah kawan yang
sentiasa mengingatkan sahabatnya dengan kebaikan, bukan melalaikan.
Terima
kasih sahabatku, yang setia menjadi temanku, yang setia mendengar keluhan hati
rakanmu, yang sanggup menolong ketika aku dalam kesusahan. Aku adalah manusia
biasa yang punya banyak kelemahan. Mungkin ada kala aku menyakitkan hatimu,
dalam tidak aku sedar. Mungkin ada kala aku ego untuk menyatakan kesalahanku.
Tapi aku amat berharap kau adalah sahabatku yang setia yang menunjukkan apa
yang ku salah.



No comments:
Post a Comment
dear, leave your comment here :))