Teringat
zaman dulu dulu… sememangnya zaman sekolahku, (form1-form3) agak nakal,
seronok. Zaman baru mula nak
matured. Membesar bersama kawan kawan si asrama SRC, sememangnya
memberikan kenangan yang tersendiri. Bangun pagi, makan sama, kelas sama,tidur
bersama, semuanya bersama la. Muka diorang je. Tapi itulah yang membuatkan kami
rapat.
WAKTU BIRTHDAY- wah paling bes. Memang biasanya
kami tak bagi hadiah. Sekadar kad yang dibuat sendiri je. Maklumlah manalah ada
duit sangat masa tu. Tapi cara kitorang sambut besday tu, yang paling
bes.Biasanya kami rumble cukup cukup
membe tu. Dan berbeza beza. Contohnya, masa birthday mira, diorang taruh
garam dalam makanan kat dewan makan tu, perghh rasa masin tu, tapi buat cool
je. Pastu sorokkan selipar kat rooftop.
Melompat2 nak capai kasot. Saje korang kan. Malam tu rasalah mandi ngan air
stokin.hampeh. Tapi besday diorang lagi terok. Ada yang kami semakkan
locker.sebarkan bubuk kan atas katil. Kapur kasut diorang(yang wane putih tu)
dengan kiwi. Letakkan katak kat beg dia.
Pakat ngan aspura.. Simbah air padanya kat padang. Dan malamnya, macam
biasa,MANDI dengan air sabun, telor, kulit pisang, clorox, ubat gg, dan
pelbagai perisa lain. Yang paling aku ingat, besday nyta(sorang kawan baik aku).
Besday dia kami pakat dengan kakak yang paling garang untuk tocher dia,.
Memandangkan dia yang paling susah nak nangis, kami pakat nak kenakan samai dia
nangis. Memang.. Kami pakat untuk kakak tu cakap kenapa dia rampas bf dia.
Terkedu2 dia. Sampai dah agak terok tu, kami simbah ngan air sabun ramai2.
nangis terok sampai tanak bukak pose(puasa masa tu). Terok kitorang pujuk dia.
FLY- haha, fly mmg paling sinonim ngan budak
asrama. Aktiviti mencabar lah katakan. Kalau dapat lepas tu, kira bangga la
ngan diri sendiri(masa tu la). Tapi geng aku ni tade la sampai fly malam, nak g
mana kan. Fly waktu siang, menyamar jadi outsiders. Pakai baju sekolah(dalam
jeans). Pegi tengok wayang pulak, mengacau orang, baling popcorn kat oranglah,
tendak kerusi depan,Haha, Tak boleh bla.. Naseb baik tak penah kena bantai.
Kalaulah yang kat depan tu ketua samseng, memang dah arwahlah kitorang. Balek je
asrama, baju dah petak2.(kesan lipat). Rasa seronok je tengok wayang, bowling,
karaoke, pada waktu yg tak spatutnya.
Dulula..
PONTENG PREP- ni memang biasa. Lawak betol. Nak
ponteng prep punya pasal, sanggup, merangkak macam askar kat bawah katil,
menyorok dalam locker dan macam2 la,.
MENYOROK HANDPHONE- bg budak2 hostel, hp mmg mmg produk2 yang diharamkan.
Haha. Tapi adatlah remaja, lagi tak bg buat, lg itulah yang dia nak buat.. Maka
apabila berlakunya spotcheck, kelam kabutlah kami, menyorok hp dalam plastik dan tanam kat dalam tanah
kat belakang hostel, toreh tilam, masukkan hp dan jahit balek, tanam dalam pasu
bunga, sorok kat baldi bersama baju2 kotor, pisahkan hp dan sorok di celah2
siling, dan sebagainya la.. Kreatif betul kami dulu.
WARDEN- manusia yang paling kami benci dulu(
sekarang tak lagi la). Kena kejar ngan warden, kena marah, kena jerit pekik,
memang biasa. Sampaikan aku dulu pernah potong sebelah kasutnya menjadi selipar
dan dan sebelah lagi bubuh cicak mati. Sebabnya beliau membuang seliparku yg berharga rm10 sebab tak
susun. Haish Astaghfirullah, apalah kami dulu.
mandi hujan, panjat pokok, menari2 dalam dorm,
kejar2, belajar sama2 dan pelbagai lagi aktiviti aktiviti lain …… yang kalau cerita, sampai
esok pon tak habis. Sememangnya, hidup di asrama tersangatlah bes.Suka duka
hidup dengan korang takkan kulupa sampai mati.. Walaupun kami nakal, tapi kami
masih tahu menghormati guru, dan kamilah harapan sekolah. 1,2,3 RANCANGAN KHAS.. Sentiasa di hati.

teringin nak sambut bufday kat asrama.. tapi takleh cos bufday waktu cuti sekolah.. btw, kenangan kat asrama memang takleh nak lupa.. teringat waktu lambat p kelas the cikgu alang masuk dorm.. ada yang sorok dalam almari.. haha
ReplyDelete