Friday, 26 October 2012

FIKIR DULU SEBELUM TELAN.



"ngap ngap ngap ngap ngap ngap (bunyi makan). woahh, kenyang kenyang kenyang, terasa indah dunia ni kalau tiap tiap hari kenyang macam ni !"

Dalam setiap hari kita melantak , pernah tak kita mencabar minda kita untuk berfikir apa yang kita makan? apa kandungan makanan tu? pergi mana makanan tu? jadi apa makanan tu? apa kesan nya?
so, post kali ni mari kita jejak, jelajah, intip, kupas, teroka, gali, korek dan lihat tentang jenis jenis makanan yang boleh bawak bahaya kepada struktur organisasi badan kita.

JENIS  MAKANAN  BAHAYA  ; -



Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)

Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.





Jenis makanan: Ayam Goreng

Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak)Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.





Jenis makanan: Susu Kocak

Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.




Jenis makanan: Kentang Goreng

Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan. 



Jenis makanan: Minuman Cola

Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.



ANTARA PAKEJ PENYAKIT YANG DISERTAKAN BERSAMANYA ;



  •   Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan air dan kalsium semasa melakukan proses  perkumuhan.
  •   Ganguan pada denyutan jantung.
  •   Kandungan kalium dalam darah menjadi rendah dan menyebabkan denyutan nadi tidak konsisten dan  berkemungkinan mati mengejut
  •   Kekurangan zat makanan menyebabkan kulit menjadi kering,rambut gugur dan tidak bermaya.
  •   Kandungan elektrolit badan tidak seimbang.
  •   Mengalami masalah psikologi seperti perasaan rendah diri dan suka bersendirian.
  •   Kekurangan rembesan estrogen.
  •   Mempercepatkan proses osteoporosis.
  •   Penghakisan lapisan epitelium pada kerongkong.


Hah baca tuh. pehe dok mu?? yummy, mengancam jiwa tapi.... errrkk bahaya kot.. bak kata orang yang sedap tu yg bahaya, yg pahit tulah yg ubat. So kalau nak sihat hindarilah makanan makanan sebegini. Nak makan boleh tapi kuantiti berpada pada la yer. :)

No comments:

Post a Comment

dear, leave your comment here :))