entry kali ni mira nak share tentang soalan soalan dalam Islam.
Rujukan: 600 jawapan kemusyilan agama jilid 1 dan buku REMAJA
SURAT KEPADA KEKASIH
S Berdosakah sekiranya saya mengutus surat kepada kekasih sedangkan ia bertujuan untuk mencari jodoh? Jika berdosa apakah balasannya di akhirat kelak
J Berutus surat itu adalah peringkat pertama,kemudian berjanji utk bertemu,selepas itu macam2 lagi kemungkinan akan berlaku kerana didesak nafsu dan syaitan. Tidak mustahil ia akan berakhir begitu.
HUKUM MUNGKIR JANJI
S Saya selalu membuat janji dgn org yg lebih muda tapi tidak ditepati. saya ingin mengetahui apakah hukumnya perbuatan saya itu sedangkan orang itu lebih muda dari saya
J Tidak kira walau dengan org lebih muda sekalipun. sesiapa sahaja yang memungkiri janji disifatkan sebagai telah ada sifat sifat munafik. Sekiranya memungkiri janji sehingga boleh meretakkan hati kawan dan meretakkan hubungan baik maka haramla jadinya
MEMBACA AL QURAN DENGAN CEPAT
S Apakah hukumnya membaca al-quran dengan cepat sehingga tersalah tajwid dan sebutan hurufnya
J haram. Kerana bahasa Al-Quran sesuatu yg unik. Jika tersalah sebut pada tempat2 yg panjang dan pendek ataupon pada makraj huruf akan berubahlah maksudnya. Tetapi tidak salah jika membaca cepat itu asalkan betul tajwid dan sebutan hurufnya
BERSUMPAH BERSAKSIKAN AL-QURAN
S Sepasang kekasih bersumpah sehidup semati dgn bersaksikan Al Quran. Adakah dikira melanggar sumpah sekiranya mereka tiada jodoh dan bertemu dengan pasangan lain
J Perbuatan bersumpah dgn menggunakan Al Quran seperti menjunjungnya ,meletakkan tangan padanya ataupun apa apa cara sekalipon bukanlah ajaran Islam.Rasullullah s.a.wtidak pernah mengajar umatnya untuk bersumpah menggunakan Al-Quran apatah lagi dengan teman yg bukan mahram yang belum bernikah. Perbuatan ini termasuk di dalam ancaman Rasulullah s.a.w yg mengatakan
Barangsiapa yg bersumpah dengan selain Allah S.W.T maka dia telah syirik(berdosa besar) -Hadis Al Bukhari
Jadi, bersumpah seperti ini juga tidak sah dan jika dilanggar ia tidak mendatangkan apa apa kesan
No comments:
Post a Comment
dear, leave your comment here :))