Weh ko
taw dia tuu kan…. Sok seh sok seeh. Ha
da mengumpat dah tu. Tambah 1 dosa percuma. Amalan dahlah tak brapa nak banyak,
tambah dosa free lagi. Adoi… Eeh kitorang bukan mengumpat taw, kitorang cakap
hal sebenar je, sumpah tak tipu taw.. Eh cik adek, cik kak,cik abang, makcik2
pakcik2, sila baca ni..
Mengumpat
dalam bahasa Arab adalah ‘ghibah’. Ia berasal daripada perkataan ‘ghaaba’ iaitu
hilang daripada pandangan. Disebut ‘ghibah’ kerana perbuatan mengumpat
dilakukan tanpa kehadiran orang yang diumpat. (Lihat: 'Umdat al-Qari Syarh
Shahih al-Bukhari oleh al-'Aini, 8/208).
Al-Imam
al-Munawi berkata: “Ghibah (mengumpat) adalah menyatakan keaiban seseorang di
belakangnya sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau isyarat.” (Lihat:
Faidh al-Qadir Sayarh al-Jami' al-Shaghir oleh Zainuddin al-Munawi, 3/166).
Nabi
sallallaahu 'alaihi wa sallam (s.a.w) pernah menjelaskan mengenai erti
mengumpat. Sabda Baginda: “Mengumpat adalah menyebut sesuatu perkara yang tidak
disukai saudaramu (di belakangnya). Lalu seorang sahabat Baginda bertanya: Apa
pandanganmu sekiranya apa yang aku sebutkan benar-benar ada saudaraku? Nabi
menjawab: “Jika engkau menyebut sesuatu yang benar-benar ada pada saudaramu
(sedang dia tidak menyukainya), maka kamu sudah mengumpatnya. Jika sesuatu yang
kamu sebutkan tidak berlaku ke atas saudaramu, maka kamu sudah memfitnahnya.”
(Hadis riwayat Muslim, no: 2591)
HAA.. Dengan kata lain semua perkara yang dibenci oleh saudara
saudara kita apabila didedahkan walaupun ianya benar, usaha untuk didedahkan
tuuu TETAP MENGUMPAT oke!!
ANCAMAN ALLAH
Firman Allah,
maksudnya: “Dan janganlah mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang di
antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Maka
tentulah kamu berasa jijik padanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah
Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, 49:12)
Firman Allah lagi:
Maksudnya: “Kecelakaan bagi pengumpat dan pecela.” (Surah al-Humazah, 104:1)
Sabda Nabi
maksudnya: “Sesiapa yang menyelamatkan daging (kehormatan) saudaranya daripada
diumpat, nescaya Allah akan membebaskan dia daripada neraka.” (Hadis riwayat
Ahmad, no: 27062)
Ini beerti.. Sesiapa
yang mengumpat, mencela saudaranya balasannya adalah neraka, NAUZUBILLAH *peringatan untuk diri
sendiri juga* . Justeru marilah kita bertaubat.. YA Allah, tak terkira
dosaku.. Ampunilah hambamu ini YA ALLAH...

No comments:
Post a Comment
dear, leave your comment here :))