Friday, 28 February 2014

apa tujuan kau

pernah terfikir tak untuk berhijrah untuk menjadi lebih baik.. pernah tak terfikir niat sebenarnya..

aku cuba untuk berubah. pakai handsock, stokin, cuba tutup aurat, walaupun takdelah selabuh mana tapi ku cuba asal aku keluar rumah, takdelah malaikat catat sahaja dosa aku.. 

kononnya cuba jadi baik. aku nak jadi muslimah!!!

tapi.. pernah aku bercakap dengan sorang kawan ni.. masa tu dia dah nak kawen, kawan aku ni(lelaki) memang baiklah dari segi agamanya, 

tengah bersembang2 tu, aku pon cakap, yela kau, aku pon nak jadi baik, supaya boleh dapat yang terbaik. dia diam dan nasihat yang dia bagi masa tu betul betul buat aku sentap..

"mira, kalau kau nak berubah sebab manusia, manusia tu jelah yang kau dapat, tapi kalau kau niat nak berubah sebab Allah dan Rasul, semua kau dapat, cinta Allah, cinta Rasul, cinta manusia.."

terasa bagai ditikam 14 kali

Masya-Allah ya rabbi, apa tujuan aku selama ni..
pandangan manusia? saat tu aku sedar, aku silap. Niat aku dah bercampur riak.  Tersedu sedan aku malam tu. mintak ampun. Aku lupa Dia, aku lupa untuk Dialah aku hidup. untuk jadi hambaNya..

jadi, peringatan pada semua, sentiasa letakkan niat kerana Allah.. kalau niat dah ke arah lain, dah beserta dengan riak. sia sia je.. 




Read more...

berhenti? think twice laa..

eh assalamualaikum... ekeke
punyalah lama tak update blog ni. staon wehh.. dulu buat pasal terpaksa je.. assignment kan.. nak markah kan.. nak taknak buat la der..

okay okay sekarang dah tak terpaksa dah uooolls.. i buat pasal banyak pulak sajak bermain di fikiran nih. 
hemmm.. korang pernah tak terfikir... korang nak sangat mende tu... korang usaha usaha dan usaha... tapi tak dapat, sedih kan. tapi orang lain, korang tengok usaha tak sangat, tapi dapat. Tu takpe lagi, dah dapat, kata malaslah nak join, tapi, orang paksa nak buat camne... perrghh panas je hati.. takpelah der, rezeki lu.
hadoilah, terfikirlah di hati, adakah memang aku takde bakat? adakah rezeki ni bukan ditakdirkan untukku? adakah tak cukup lagi usaha aku ni? apa lagi ya Tuhan, apalagi yang ku perlu lakukan...
berkali kali rasa nak berhenti, air mata dah berjuntai juntai turun dah... tapi tak mampu.. jiwa dan raga dah memang ke arah tu... 

takpelah sabar jelah. teruskan jelah usaha tu, walaupun nampak peluang tu tipis yang amat..biarlah orang tak percaya pon.. kita percaya kita akan berjaya jugak. Semua orang yang berjaya pon pernah jatuh. Bezanya dengan orang yang gagal, jatuh bangun balik, atau jatuh terduduk tak bangkit bangkit, fikir fikirkan..

Doa+usaha+tawakal=in sha Allah, kejayaan tu milik kita.. 

Read more...

ku cuba

Ku cuba bangun tak mengalah
Di saat aku hampir kalah
Ku cuba tunjukkan senyuman
Di kala hatiku menangis tak keruan
Ku cuba bangkit tok berlari
Di  waktu aku jatuh terduduk tak mampu berdiri

Aku cuba aku cuba
Di saat mereka ketawakanku
Pada masa mereka kata itu remeh
Ketika mereka katakan kerja mudah pun ku tak mampu buat
Waktuku tak diberi kepercayaan

Ku senyum katakan tak kisah
Padahal hati sedih teramat
Gigih ku mencuba
Namun tak juga Berjaya
Mengapa? Kerap ku tanya diri
Adakah ku memang tiada bakat
Atau apa lagi yang perlu ku buat
Atau kejayaan ini belum boleh ku genggam
Aku diam….
Sehingga prinsipku sudah bertukar
Tidak lagi kau usaha kau dapat
Namun juga bergantung pada rezekimu
Juga perlukan tawakal
Mungkin perlu lebih usaha

Yakinlah wahai srikandi
Aku pasti tetap pasti
Akan ku capai juga matlamatku
Walaupun di saat ini ku nampak ia kelam

-amira zulaikha zin aris-
28/2/2014

Read more...