Allahuakbar.aku yang baru pulang dari kem menembak palapes terkejut apabila membuka facebook. rupa rupanya 1 muharram ketika kami bertolak ke gurun untuk latihan menembak, ketika itu Gaza diserang oleh israel laknatullah. Sebak aku membaca berita tentangnya. Kami yang di latihan menembak itupun dah cukup sukar dirasakan inikan saudara saudara seislam yang merasa pertumpahan darah itu. Ya Tuhanku, apa yang boleh ku lakukan? Aku masih tidak mampu untuk berjuang untuk Malaysia yang aman bagaimana untuk berjuang di bumi sana.
namun ada usaha yang kita mampu lakukan....
Bantuan tenaga dan diri
Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan.
Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi
atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
Bantuan Harta
Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan
lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar
bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita.
Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga
(negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk,
sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam.
Bantuan Doa
Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga
mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan
umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang
menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan
menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan
untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk
menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab
Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali.
Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus
turun sujud, tiada berturut-turut.
b- Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
c- Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
d- Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
Solat Hajat
Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
Menyertai Demonstrasi Aman
Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.
Menulis
Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar, majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
Ceramah
anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini, wartawan pun boleh.
Boikot
perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar, kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.
Sebagai sebuah hadis qudsi ertinya:
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Allah menyebut : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim)
Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله
Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)


No comments:
Post a Comment
dear, leave your comment here :))