Saturday, 24 November 2012

FADHILAT 10 muharram

hari ni 10 muharram, iaitu hari assyura...

Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).

Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)



Read more...

Sunday, 18 November 2012

ya Allah bantulah saudaraku.. #prayforGAZA

Allahuakbar.aku yang baru pulang  dari kem menembak palapes terkejut apabila membuka facebook. rupa rupanya 1 muharram ketika kami bertolak ke gurun untuk latihan menembak, ketika itu Gaza diserang oleh israel laknatullah. Sebak aku membaca berita tentangnya. Kami yang di latihan menembak itupun dah cukup sukar dirasakan inikan saudara saudara seislam yang merasa pertumpahan darah itu. Ya Tuhanku, apa yang boleh ku lakukan? Aku masih tidak mampu untuk berjuang untuk Malaysia yang aman bagaimana untuk berjuang di bumi sana.

namun ada usaha yang kita mampu lakukan....



Bantuan tenaga dan diri
Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..

Bantuan Harta
Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam.

Bantuan Doa
Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-

a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.



Read more...

Tuesday, 6 November 2012

tak boleh tidur malam?? opps.... anda ada simtom insomnia ke?

oke. sekarang jam dah pukul 2.19 pagi dan mira tak tidur lagi. So, entry kali ni... mira nak share info pasal insomnia la. so sape sape yang geng burung antu n klawar boleh la usha usha kot kot membantu kan

Apa tu insomnia ha?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri
§  Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
§  Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
§  Epilepsi
§  Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
§  Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
§  Penyakit Parkinson
§  Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
§  sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
§  Rest leg syndrome
§  Pedih hulu hati
§  High altitude insomnia
§  Angin ahmar
§  Penyakit Alzheimer
§  Ketumbuhan otak
§  Migrain
TIPS UNTUK MENGATASI!!!!
*     Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
*     Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
*     Elakkan tidur pada waktu tengah hari
*     Melakukan senaman dengan kerap
*     Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
*     Jangan merokok
*     Belajar menangani tekanan
*     Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.



Read more...

13 perkara perlu dijaga oleh wanita..



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)


2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyik
an – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….


3.
Wangian
– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4.
Dada
– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




)5.
Gigi
– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6.
Muka dan leher
– Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.




7.
Pakaian yang nipis (jarang)
– Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)




8.
Tangan
– Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)




9.
Mata
– Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)




10.
Mulut (suara)
– Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)




11.
Kemaluan
– Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)




12.
Pakaian
– Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.




13.
Rambut
– Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)








Sebaik baik wanita adalah wanita solehah. *peringatan untuk semua dan juga diriku










Read more...

Saturday, 27 October 2012

cara mudah mendapatkan pahala walaupun selepas mati


Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala"... Jadi saya cuba sampaikan ilmu yg saya dapat ini untuk mendapat keredhaan Nya. 

 pasang kipas di surau/masjid
walaupun 1 , setiap kali orang guna ,anda akan dapat pahala walau selepas mati .



Derma kerusi roda di hospital . 
Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala .


Beri baju kpd orang ,
setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .


Beri makanan kpd orang ,
anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .


Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , 
selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..





7 kalimat yg harus di biasakan.. 


  • Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu. 



  • Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu. 



  • Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk. 



  •  InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang. 



  • Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.



  • Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian. 



  • Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 







Read more...

Friday, 26 October 2012

Soalan?? jawapannya...

entry kali ni mira nak share tentang soalan soalan  dalam Islam.
Rujukan: 600 jawapan kemusyilan agama jilid 1 dan buku REMAJA


SURAT KEPADA KEKASIH
S Berdosakah sekiranya saya mengutus surat kepada kekasih sedangkan ia bertujuan untuk mencari jodoh? Jika berdosa apakah balasannya di akhirat kelak

J Berutus surat itu adalah peringkat pertama,kemudian berjanji utk bertemu,selepas itu macam2 lagi kemungkinan akan berlaku kerana didesak nafsu dan syaitan. Tidak mustahil ia akan berakhir begitu.

HUKUM MUNGKIR JANJI
S Saya selalu membuat janji dgn org yg lebih muda tapi tidak ditepati. saya ingin mengetahui apakah hukumnya perbuatan saya itu sedangkan orang itu lebih muda dari saya

J Tidak kira walau dengan org lebih muda sekalipun. sesiapa sahaja yang memungkiri janji disifatkan sebagai telah ada sifat sifat munafik. Sekiranya memungkiri janji sehingga boleh meretakkan hati kawan dan meretakkan hubungan baik maka haramla jadinya


MEMBACA AL QURAN DENGAN CEPAT
S Apakah hukumnya membaca al-quran dengan cepat sehingga tersalah tajwid dan sebutan hurufnya

J haram. Kerana bahasa Al-Quran sesuatu yg unik. Jika tersalah sebut pada tempat2 yg panjang dan pendek ataupon pada makraj huruf akan berubahlah maksudnya. Tetapi tidak salah jika membaca cepat itu asalkan betul tajwid dan sebutan hurufnya

BERSUMPAH BERSAKSIKAN AL-QURAN
S Sepasang kekasih bersumpah sehidup semati dgn bersaksikan Al Quran. Adakah dikira melanggar sumpah sekiranya mereka tiada jodoh dan bertemu dengan pasangan lain

J Perbuatan bersumpah dgn  menggunakan Al Quran seperti menjunjungnya ,meletakkan tangan padanya ataupun apa apa cara sekalipon bukanlah ajaran Islam.Rasullullah s.a.wtidak pernah mengajar umatnya untuk bersumpah menggunakan Al-Quran apatah lagi dengan teman yg bukan mahram yang belum bernikah. Perbuatan ini termasuk di dalam ancaman Rasulullah s.a.w yg mengatakan
Barangsiapa yg bersumpah dengan selain Allah S.W.T maka dia telah syirik(berdosa besar) -Hadis Al Bukhari

Jadi, bersumpah seperti ini juga tidak sah dan jika dilanggar ia tidak mendatangkan apa apa kesan


Read more...

cinta vs suka??

cinta ke suka ha? ramai yang keliru ni.. cubala korang bandingkan


  • Di hadapan orang yang kita cinta, hati akan berdegup kencang. dup dup dup
  • tapi... kat depan orang yg kita suka, hati akan gembira                                                          

  • Kalau kita lihat dalam mata org yg kita cinta, kita akan kaku
  • Kalau kita melihat ke dalam mata org yg kita suka, kita tersenyum :)

  • Di depan orang yg kita cinta,lidah kelu untuk berkata kata
  • Di depan orang yg kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja

  • Di depan orang yg kita cinta,kita jadi malu...
  • Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan diri kita yang sebenar

  • Kita tidak boleh merenung mata org yg kita cintai
  • Tapi kita selalu merenung mata orang yg kita suka

  • Bila orang yg kita cinta menangis, kita akan turut menangis
  • Tapi bila orang yg kita suka menangis, kita akan cuba buat dia gembira

  • Di depan org yang kita cinta,kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang dia akan terguris
  • Di depan orang yg kita suka kita terlalu mudah untuk berterus terang sebab kita yakin terus terang itu yg paling baik 

Betul ke tak aku pon tataw. Rasanya cinta yg paling indah n true love tu cinta lepas kahwin je. Yang lain semua mainan syaitan je kan. 

Read more...