Wednesday, 12 December 2012

Detective conan-case closed

Hari ni nak story mori  pasal my fav comic ever, Detective Conan. Dalam bahasa Jepun  名探偵コナン (Meitantei Conan)
 Mesti ramai yang minat anime ni kan. Aku pengumpul komik Detective Conan ni sejak dari zaman skolah rendah lagi taw.Siap ada rak khas lagi untuk komik ni je. Oke, I'm addicted to it, aku mengaku tu. Bagi aku anime ni lain dari yang lain, coz baca je betul2 buat kita berfikir dan tertanya tanya siapa pembunuhnya. Dasyatnya author dia, Gosho Oyama. Gosho Oyama masih lagi menulis komik sejak 2 Februari,1994 dan masih lagi menulis.



Shinici  Kudo adalah pelajar sekolah tinggi (17 tahun) yang kerap membantu polis untuk menyelesaikan kes. Semasa penyiasatan, dia diserang oleh dua penjenayah, nama kod Gin dan Vodka, daripada sindiket yang dikenali sebagai Organisasi Hitam. Mereka memaksa dia menelan racun eksperimen, APTX 4869, dan meninggalkan dia untuk mati. Sejenis kesan sampingan racun, bagaimanapun, mengubah badan Kudo ke kanak-kanak dan bukannya membunuhnya.
Menggunakan  nama samaran Conan Edogawa, Kudo menyembunyikan identitinya untuk menyiasat Organisasi Hitam.  Dia berpura-pura untuk menjadi seorang kanak-kanak dan tinggal bersama teman wanitanya, Ran Mouri  yang bapanya juga seorang detektif dan menjejaki Organisasi Hitam itu.

CC to wikipedia detective conan-wikipedia


Sekarang ni mira lebih suka baca komik ni di mangareader.net sebab susah nak jumpa komik edisi terbaru. … tapi taklah seseronok baca pada komik.
Di Malaysia ada anime Detective conan ini di saluran Astro 611 dan TV3



Read more...

Tuesday, 11 December 2012

yang ni boleh ke tak boleh??

Assalamualaikum.. terdengar salam di luar. jenguk jenguk oooh family maklong datang.. Dah molek dah pergi sambut tetamu tapi tudung mana kak. Alah sepupu je pon, dok main sama sama masa kecik.. Ha, yang ni yang kita biasa dengar, Eh awak, serapat mana pon kalau dah bukan mahram mana boleh salam, mana boleh tunjuk aurat taw.. ha, ni.. cuba tengok bawah ni



Nampak tak tu...oke.. selamat beramal

                                                                                               


Read more...

sahabat..


Sambil dengar lagu sahabat sejati-unic sambil ingat kisah lama, kisah zaman kanak kanak di tadika, zaman remaja di sekolah rendah dan menengah, zaman matrik sehinggalah zaman universiti…

SAHABAT- datang dan pergi. Sahabat sewaktu gembira amatlah ramai, tapi, waktu susah memang sukar untuk kita cari.. Aku bersyukur kerana sepanjang hidupku, aku dikurniakan ramai sahabat2 yang baik. (walaupun ada kala berjumpa dengan hanya di depan sahaja kawan).  Kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah kita, kalau kita berkawan dengan penjual arak, maka busukla kita. Kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa mengingatkan sahabatnya dengan kebaikan, bukan melalaikan.

Terima kasih sahabatku, yang setia menjadi temanku, yang setia mendengar keluhan hati rakanmu, yang sanggup menolong ketika aku dalam kesusahan. Aku adalah manusia biasa yang punya banyak kelemahan. Mungkin ada kala aku menyakitkan hatimu, dalam tidak aku sedar. Mungkin ada kala aku ego untuk menyatakan kesalahanku. Tapi aku amat berharap kau adalah sahabatku yang setia yang menunjukkan apa yang ku salah.





barang barang yang MEMBE2 yang comel bagi.. plastik gula2 pon aku simpan taw




Read more...

Thursday, 6 December 2012

Kem Hobert


Beberapa minggu yang lepas, aku dan skuad PALAPESku pergi kem menembak. Sumpah seronok. Walaupun pada mulanya rasa gemuruh untuk memegang M16. Risau jugak. Terbayang macam mana kalau tertembak diri sendiri. Tapi bila dah menembak rasa woww.. Pengalaman yang memang susah nak dapat kat mana mana

Tom tom tom!!! Bunyi menembak, rasa bingit otakku dengar,Suasana kat sini pon dah rasa macam kat medan perang.  Macam mana ek keadaan sebenar. Meremang bulu roma. Secara tiba tiba aku rasa kagumnya pada pahlawan pahlawan Tanah Melayu dulu, macam mana ek rasa kat medan perang yang sebenar, di Gaza yang sedang berjuang.. Kalau nak diikutkan suasana di sini apalah sangat nak dibandingkan dengan medan sebenar.. Setakat hujung jari je bak kata Farid, ydp ku.

Bersama sama Palapes banyak mengajarku untuk mencintai negara, semangat kerjasama antara skuad, hormat pada orang atasan, mengajar meningkatkan modal insan, menguatkan mental dan fizikal diriku.

*kita selalu cakap apa yang negara buat pada kita, tapi jarang kita tertanya tanya apa yang kita sumbang untuk negara*










Read more...

diet ikut jenis darah


Kaedah ni aku baca kat magazine. Daripada Dr Peter J D'amo. Google jelah ek kalau nak kenal sape dia...Jom kenal cara diet yang sesuai untuk darah kita.


Jenis darah
Ciri ciri!!
Jenis O
    • Sistem kekebalannya berlebihan
    • Disarankan ambil makanan tinggi protein dan rendah karbohidrat. Ex: daging, buah,ikan, sayuran
    • Tindak balas yang baik terhadap stress dan dapat menanganinya dengan aktiviti fizikal
    • Risiko terkena penyakit : yg disebabkan oleh radang dan kerosakan organ spt arthritis bila makanan yang diambil tidak bersesuaian dengan tubuh

Jenis A
    • Sistem percenaan yg sensitif
    • Digalakkan utk jadi vegetarian atau makan makanan yg tinggi karbohidrat dan rendah lemak
    • Cara atasi stress: meditasi
    • Sistem kekebalan tak sekuat jenis O

Jenis B
    • Disarankan utk lakukan variasi diet
    • Sangat sesuai untuk menikmati produk susu
    • Disarankan untuk menjalani latihan pergerakan spt renang dan jalan kaki
    • Kalau salah pilih makan, kemungkinan untuk terkena virus yg boleh menyerang saraf adalah sangat tinggi
    • Ada sistem kekebalan tubuh yang kuat
    • Cara atasi stress : lakukan pekerjaan yg perlukan kreativiti
    • Jenis darah yg paling seimbang

Jenis AB
    • Memiliki sistem percenaan yg sangat sensitif
    • Sistem kekebalan tubuh yg sangat seimbang
    • Cara atasi stress: lakukan aktiviti fizikal dan aktiviti yg melibatkan kreativiti
    • Bentuk diet: gabungan A & B





Read more...

atasi kekejangan otot


Eerrrhh cramp. Heii tak warm up ek. Hemm.. Tadi masa joging ada kawan kena kejang otot. Oke kalau kena keadaan ni, macam mana nak buat

  • Otot hamstring pada belakang paha memerlukan banyak regangan berbanding dengan otot quadriceps di bahagian hadapan kaki. So, bila kena kejang otot, lakukan regangan dengan cara membongkok sambil menyentuh pergelangan kaki
  • Kemudian, berdiri tegak dan lenturkan badan ke belakang
  • Sekiranya kejang mula berkurangan, duduk dengan kedua belah kaki terlunjur ke hadapan
  • Bongkokkan badan ke depan sehingga wajah menyentuh lutut

*pastikan sebelum latihan, buat pemanasan dan regangan. Buat betul2 taw. Nanti injured baru taw.tamaw tamaw tamaw

CC to my coach= sir Ganesan.Big thanks to u  for  giving me so much knowledge :)



Read more...

jom berlari!!!


Kini aku bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Cc to tomok
Oke aku suka berlari. Suka berolahraga, suka bersukan. Rasa seronok bila pijak track tu. Rasa bahagia bila berpeluh sebab bersukan. Tak caye. Try lah.. Banyak faedah bersukan nih. Badan cergas minda pon jadi cerdas. Tade la kena obesiti, Jom kita semak cara berjoging yang betul

5 teknik betul berjoging

1. Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.

2. Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit.

3. Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut.

4. Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.

5. Pastikan berlari atas permukaan selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan rakan pada masa yang sama.






5 panduan mengelakkan kecederaan

1. Pastikan anda berlari di permukaan rata dan lembut seperti di atas rumput atau laluan khas untuk aktiviti ini. Permukaan kaki lima dan konkrit adalah berbahaya dan boleh mendatangkan masalah pada tubuh badan anda.

2. Jangan berlari di permukaan tidak rata atau senget.

3. Tukar kasut larian anda jika ia sudah digunakan untuk larian lebih 900 km kerana kebiasaannya daya anjal dan sokongan kasut hilang apabila kerap digunakan.

4. Mulakan aktiviti ini secara berperingkat. Elakkan menambah jarak larian lebih daripada 10 peratus seminggu. Jika anda mengalami sebarang kesakitan atau rasa tidak selesa akibat larian atau joging, rujuk kepada pakar kesihatan.

5. Sentiasa lakukan sesi memanas dan menyejukkan badan. Sebelum berlari, berjalan secara pantas kira-kira lima minit. Mulakan larian secara perlahan dan tambah kelajuan secara berperingkat. Apabila hampir tamat, kurangkan kelajuan sedikit demi sedikit habiskan larian dengan berjalan. Lakukan sesi menyejukkan badan dengan berjalan selama lima minit diikuti dengan regangan otot selama dua atau tiga minit.




*hari ni 6 round tanpa stop. Sasaran minggu hadapan =10 round. Chaiyok chaiyok mira!!majulah sukan untuk negara.




Read more...