Saturday, 27 October 2012

cara mudah mendapatkan pahala walaupun selepas mati


Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala"... Jadi saya cuba sampaikan ilmu yg saya dapat ini untuk mendapat keredhaan Nya. 

 pasang kipas di surau/masjid
walaupun 1 , setiap kali orang guna ,anda akan dapat pahala walau selepas mati .



Derma kerusi roda di hospital . 
Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala .


Beri baju kpd orang ,
setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .


Beri makanan kpd orang ,
anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .


Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , 
selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..





7 kalimat yg harus di biasakan.. 


  • Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu. 



  • Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu. 



  • Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk. 



  •  InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang. 



  • Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.



  • Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian. 



  • Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 







Read more...

Friday, 26 October 2012

Soalan?? jawapannya...

entry kali ni mira nak share tentang soalan soalan  dalam Islam.
Rujukan: 600 jawapan kemusyilan agama jilid 1 dan buku REMAJA


SURAT KEPADA KEKASIH
S Berdosakah sekiranya saya mengutus surat kepada kekasih sedangkan ia bertujuan untuk mencari jodoh? Jika berdosa apakah balasannya di akhirat kelak

J Berutus surat itu adalah peringkat pertama,kemudian berjanji utk bertemu,selepas itu macam2 lagi kemungkinan akan berlaku kerana didesak nafsu dan syaitan. Tidak mustahil ia akan berakhir begitu.

HUKUM MUNGKIR JANJI
S Saya selalu membuat janji dgn org yg lebih muda tapi tidak ditepati. saya ingin mengetahui apakah hukumnya perbuatan saya itu sedangkan orang itu lebih muda dari saya

J Tidak kira walau dengan org lebih muda sekalipun. sesiapa sahaja yang memungkiri janji disifatkan sebagai telah ada sifat sifat munafik. Sekiranya memungkiri janji sehingga boleh meretakkan hati kawan dan meretakkan hubungan baik maka haramla jadinya


MEMBACA AL QURAN DENGAN CEPAT
S Apakah hukumnya membaca al-quran dengan cepat sehingga tersalah tajwid dan sebutan hurufnya

J haram. Kerana bahasa Al-Quran sesuatu yg unik. Jika tersalah sebut pada tempat2 yg panjang dan pendek ataupon pada makraj huruf akan berubahlah maksudnya. Tetapi tidak salah jika membaca cepat itu asalkan betul tajwid dan sebutan hurufnya

BERSUMPAH BERSAKSIKAN AL-QURAN
S Sepasang kekasih bersumpah sehidup semati dgn bersaksikan Al Quran. Adakah dikira melanggar sumpah sekiranya mereka tiada jodoh dan bertemu dengan pasangan lain

J Perbuatan bersumpah dgn  menggunakan Al Quran seperti menjunjungnya ,meletakkan tangan padanya ataupun apa apa cara sekalipon bukanlah ajaran Islam.Rasullullah s.a.wtidak pernah mengajar umatnya untuk bersumpah menggunakan Al-Quran apatah lagi dengan teman yg bukan mahram yang belum bernikah. Perbuatan ini termasuk di dalam ancaman Rasulullah s.a.w yg mengatakan
Barangsiapa yg bersumpah dengan selain Allah S.W.T maka dia telah syirik(berdosa besar) -Hadis Al Bukhari

Jadi, bersumpah seperti ini juga tidak sah dan jika dilanggar ia tidak mendatangkan apa apa kesan


Read more...

cinta vs suka??

cinta ke suka ha? ramai yang keliru ni.. cubala korang bandingkan


  • Di hadapan orang yang kita cinta, hati akan berdegup kencang. dup dup dup
  • tapi... kat depan orang yg kita suka, hati akan gembira                                                          

  • Kalau kita lihat dalam mata org yg kita cinta, kita akan kaku
  • Kalau kita melihat ke dalam mata org yg kita suka, kita tersenyum :)

  • Di depan orang yg kita cinta,lidah kelu untuk berkata kata
  • Di depan orang yg kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja

  • Di depan orang yg kita cinta,kita jadi malu...
  • Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan diri kita yang sebenar

  • Kita tidak boleh merenung mata org yg kita cintai
  • Tapi kita selalu merenung mata orang yg kita suka

  • Bila orang yg kita cinta menangis, kita akan turut menangis
  • Tapi bila orang yg kita suka menangis, kita akan cuba buat dia gembira

  • Di depan org yang kita cinta,kita takut untuk berterus terang kerana terlalu bimbang dia akan terguris
  • Di depan orang yg kita suka kita terlalu mudah untuk berterus terang sebab kita yakin terus terang itu yg paling baik 

Betul ke tak aku pon tataw. Rasanya cinta yg paling indah n true love tu cinta lepas kahwin je. Yang lain semua mainan syaitan je kan. 

Read more...

ARGHHH! TOLONG JAUHI INI !




Dalam pada dok kodek kodek muka buku (facebook) ni, TIBA TIBA, aku terlopong, terkejut, da terperanjat bila lihat page yang memperkatakan tentang ketidakbetulan dan kepalsuan fahaman syiah yang semakin menyesatkan ahli sunnah waljamaah di dunia ni. Yang melebih lebih memeranjatkan lagi apabila membaca artikel yang memperkatakan bahawa fahaman ini sudah berkembang dan semakin meluas di rantau tanah melayu ini. Jadi, secara tidak langsung, entry hari ini adalah tentang "apa itu syiah?". orang kata "sediakan payung sebelum hujan kalau tidak padah nanti". jadi, mari kita korek dan gali sedalam dalam nya tentang fahaman syiah agar kita boleh ambil iktibar dan langkah keselamatan sebelum perkara yang buruk berlaku. so,

Apa dan Bagaimana wujud 'syiah' ?

Sejarah Syiah

Terdapat dua pendapat jelas mengenai terhasilnya aliran Syiah.
*    Pendapat pertama mengatakan ketika berlakunya Perang Siffin di antara Ali RA dan Muawiyah RA. Pandangan ini secara tidak langsung mengatakan bahawa pengikut Ali RA beraliran Syiah manakala pengikut Muawiyah pula Sunnah wal Jamaah. Namun demikian ia bukanlah begitu. Ijtihad yang dinyatakan oleh Muawiyah didapati tidak benar dan pendapat Ahli Sunnah jelas lebih cenderung kepada Ali RA.
*   Pendapat kedua pula mengatakan kemunculan Syiah setelah kematian Husain bin Ali RA.Ketika beliau keluar dari pemerintahan Yazid bin Muawiyah atas panggilan penduduk Iraq yang akan menyokongnya di sana nanti. Tetapi akhirnya mereka mengkhianati beliau dan beliau terbunuh di Karbala.Akibat daripada pembunuhan itu, muncul sekolompok muslim menuntut agar pembunuhan tersebut dituntut bela. Ada pula sekolompok yang lain menghukum kelompok ini kafir kerana sudah terkeluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Lalu berlakulah pergaduhan dan menyebabkan beberapa orang daripada kalangan penyokong Husain terbunuh dan mereka digelar sebagai Syiah.Ini secara tidak langsung menjelaskan hubungan kuat antara Syiah dan Husain RA berbanding Ali RA sendiri. Hari kematian Husain disambut oleh para pengikut Syiah dan tidak pula hari kematian Ali.Akibat dari peristiwa itu, wujud golongan yang menentang pemerintahan Umayyah dari segi politik sahaja, sedang akidah, dan mazhab fiqh mereka masih tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah. Mereka adalah pemimpin awal Syiah yang masih bermazhab Sunni.

[sunting]



PERBEZAANNYA DENGAN AHLI SUNNAH ?


Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

1: Imam Adalah Maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh M

uhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

2: Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.
Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83.

3: Berpura-Pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi.

4: Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

5: Menghalalkan Nikah Mut’ah
Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358.

6: Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441.

7: Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir
Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149.

8: Menolak Ijmak Ulama’
Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51.

9: Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:


10: Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98.

11: Menghina Isteri-Isteri Nabi.
Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330.

12: Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36. Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

13: Sembahyang Duha Adalah Bid’ah
Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31. Ja’fari: sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah.


EMM, DAH JELAS DAH APA YANG DITERANGKAN ? 

oleh sebab perbezaan ajaran fahaman inilah yang membezakan SYIAH dengan AJARAN ISLAM SEBENAR dan dimurkai ALLAH SWT

DIHARAP PERKONGSIAN ILMU YANG SEDIKIT INI AKAN MEMBUAT KAN KITA SENTIASA MENGINGATI ALLAH S.W.T DAN MENGELAKKAN DIRI DARI MELAKUKAN AJARAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN YANG SEBENAR. SEKIRANYA ADA SILAP DAN SALAH HARAP DIBERITAHU DAN DIPERBETULKAN YEA. OKEY, SELAMAT BERAMAL BERTERASKAN AJARAN ISLAM SEBENAR YEP :)

Read more...

FIKIR DULU SEBELUM TELAN.



"ngap ngap ngap ngap ngap ngap (bunyi makan). woahh, kenyang kenyang kenyang, terasa indah dunia ni kalau tiap tiap hari kenyang macam ni !"

Dalam setiap hari kita melantak , pernah tak kita mencabar minda kita untuk berfikir apa yang kita makan? apa kandungan makanan tu? pergi mana makanan tu? jadi apa makanan tu? apa kesan nya?
so, post kali ni mari kita jejak, jelajah, intip, kupas, teroka, gali, korek dan lihat tentang jenis jenis makanan yang boleh bawak bahaya kepada struktur organisasi badan kita.

JENIS  MAKANAN  BAHAYA  ; -



Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)

Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.





Jenis makanan: Ayam Goreng

Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak)Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.





Jenis makanan: Susu Kocak

Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.




Jenis makanan: Kentang Goreng

Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan. 



Jenis makanan: Minuman Cola

Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.



ANTARA PAKEJ PENYAKIT YANG DISERTAKAN BERSAMANYA ;



  •   Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan air dan kalsium semasa melakukan proses  perkumuhan.
  •   Ganguan pada denyutan jantung.
  •   Kandungan kalium dalam darah menjadi rendah dan menyebabkan denyutan nadi tidak konsisten dan  berkemungkinan mati mengejut
  •   Kekurangan zat makanan menyebabkan kulit menjadi kering,rambut gugur dan tidak bermaya.
  •   Kandungan elektrolit badan tidak seimbang.
  •   Mengalami masalah psikologi seperti perasaan rendah diri dan suka bersendirian.
  •   Kekurangan rembesan estrogen.
  •   Mempercepatkan proses osteoporosis.
  •   Penghakisan lapisan epitelium pada kerongkong.


Hah baca tuh. pehe dok mu?? yummy, mengancam jiwa tapi.... errrkk bahaya kot.. bak kata orang yang sedap tu yg bahaya, yg pahit tulah yg ubat. So kalau nak sihat hindarilah makanan makanan sebegini. Nak makan boleh tapi kuantiti berpada pada la yer. :)


Read more...

Remaja pasca-merdeka.

Disuatu pinggir jalan yang berdekatan dengan sebuah flat. boom boom, pong pang pong pang. satu perbualan yang agak ganas dan berbaur kemarahan menerawang ke  telingaku.

 ini situasi perbualannya ;

seorang ibu yg menekup kepalanya dengan kain baju kurung untuk mengejar anaknya yang ingin lari dari rumah bersama dengan seorang jantan.

ibu :    nak, jangan pergi mana mana nak. jangan tinggal mak seorang dekat sini. balik la nak. kenapa tak nak  tinggal dkt rumah?

anak ;   mak jangan nak kacau hidup bedah (bukan nama sebenar) laa ! mak pergi la buat kerja mak. bedah  dah bosan tinggal dekat sini. asyik tengok muka mak je.bukan dapat duit pon !

ibu ;   kite ni orang miskin, nak. mak mana ada duit nak bagi dekat kamu.

anak;   mak pergi laa kalau dah takde duit. bedah nak duit ! bedah nak ikut dia (kononnye kekasih) !

ibu ;   jangan nak, ibu tak nak kehilangan bedah !

anak ;   mak takde duit sebab tu la bedah nak keluar dari rumah. dia tu banyak duit. dia nak bagi bedah     
          duit bukan macam mak.

ibu;   nak, tolong la. jangan la pergi.

Sebuah teksi lalu dan terus ditahan oleh bedah dengan kekasih nya.

ibu ;  nak, jangan pergi nak. ibu sorang sorang nak. ibu dah takde sapa sapa nak teman. jangan pergi nak !

Dengan muka selamba marah nya bedah naik teksi dan berlalu pergi tanpa menghiraukan ibunya yang merintih.

Aku terkesima ! hebat hebat hebat, memang hebat anak tu. seorang anak yang sanggup memikul dosa sebagai anak derhaka.
tapi aku tak terkejut sangat sebab dunia sekarang memang itu lah senario, gelagat, gejala dan karenah anak-anak remaja. "dunia dah akhir zaman" tu je laa yang boleh aku katakan. bukan niat nak memburuk buruk kan orang tapi kita ambik sebagai teladan dan pengajaran je. 

Mari kita tengok makna sebenar ANAK DERHAKA ;

Menderhakai dua ibu bapa merupakan dosa besar dalam Islam, malah di antara dosa-dosa paling besar. Di dalam hadis, Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda; “Dosa-dosa paling besar ada empat;
1.      Mensyirikkan Allah
2.      Membunuh manusia
3.      Menderhakai dua ibu bapa
4.      Memberi kesaksian palsu
(HR Imam al-Bukhari dari Anas –radhiyallahu ‘anhu-)

Namun kita perlu memahami dengan baik apa yang dimaksudkan menderhakai dua ibu-bapa kerana ibu-bapa tidaklah sama seperti Allah dan Rasul yang tidak boleh dicanggahi arahan dan keputusannya. Dua ibu-bapa adalah makhluk dan mereka tertakluk dengan hadis Nabi; “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Khaliq (Tuhan pencipta iaitu Allah)”.

Menurut Imam Ibnu as-Solah; penderhakaan terhadap ibu-bapa yang diharamkan ialah semua jenis perbuatan yang menyebabkan dua ibu-bapa merasa sakit hati (perasaan kecewa) yang tidak sedikit terhadap anaknya, sedangkan perbuatan itu bukanlah dari perkara-perkara wajib (yang terpaksa dilakukan)” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, jil. 1, bab Bayan al-Kabair wa Akbariha). Berdasarkan pandangan Imam Ibnu as-Solah ini kita dapat simpulkan bahawa yang dikatakan penderhakaan ialah apabila si anak melakukan perbuatan yang sengaja untuk menyakiti dua ibu-bapanya. Adapun jika ibu-bapa merasa sakit hati atau kecewa terhadap perbuatan si anak yang wajib perbuatan itu ia lakukan kerana untuk memenuhi tuntutan agama, tidaklah ia dianggap penderhakaan yang diharamkan oleh agama yang tergolong dalam dosa-dosa besar oleh hadis tadi kerana mentaati Allah lebih utama dari mentaati dua ibu-bapa.

Maka apabila si anak menegur bapa atau ibunya kerana suatu maksiat yang mereka lakukan yang mesti ditegur, lalu bapa atau ibu merasa marah atau kecewa, tidaklah si anak itu dianggap durhaka di sini agama kerana menegur/mencegah maksiat adalah dituntut oleh agama. Begitu juga, jika ibu-bapa meminta/mengarahkan si anak agar melakukan perbuatan dosa, munkar atau maksiat, lalu si anak menolaknya dan ibu-bapa rasa marah, tersinggung atau kecewa, tidaklah si anak dikira durhaka kepada ibu-bapa di sisi agama.

Diceritakan di dalam hadis bahawa, Sa’ad bin Abi Waqqas –radhiyallahu ‘anhu- apabila ia memeluk Islam dan diketahui ibunya yang masih kafir, ibunya telah telah mengadakan mogok lapar. Ibunya berkata; “Bukankan Allah memerintahkan supaya kamu berbuat baik kepada ibumu? Demi Allah, aku tidak akan makan sebarang makanan dan tidak akan minum sebarang minuman hinggalah sama ada aku mati atau kamu kembali kafir”. Lalu turunlah ayat Allah (bermaksud); “…dan jika mereka berdua (yakni ibu-bapamu) mendesakmu supaya engkau mempersekutukanKu dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka” (Surah al-‘Ankabut, ayat 8). (HR Imam at-Muslim, at-Tirmizi dan lain-lain. Lihat hadis ini dalam Tafsir Ibnu Kathir, surah al-‘Ankabut, ayat 8).

Dalam riwayat yang lain diceritakan; Saad berkata kepada ibunya tadi; “Wahai ibu, ketahuilah bahawa jika ibu dikurniakan 100 nyawa dan keluar nyawa itu satu demi satu dari ibu (kerana mogok lapar ibu itu), saya sekali-kali tidak akan meninggalkan agama ini kerana suatu tukaran pun. Jika ibu mahu, ibu makanlah. Jika tidak mahu, tak usahlah makan”. Akhirnya ibunya putus asa dan makan. (HR Imam at-Thabrani. Lihat hadis ini dalam Tafsir Ibnu Kathir).

Walau bagaimanapun, dalam menegur kedua ibu-bapa, si anak hendaklah beradap dan menggunakan bahasa yang elok. Tidak harus menengking atau bertengkar dengan ibu-bapa. Kewajipan si anak ialah memberikan teguran. Jika teguran tidak dindahkan, bukanlah lagi tanggungjawab si anak untuk memaksa mereka. Berdoalah kepada Allah agar Allah memberi hidayah kepada mereka. Begitu juga, tidak harus memulau ibu-bapa semata-mata kerana bercanggah pandangan dengan kita. Perhatikan firman Allah dalam surah Luqman (yang bermaksud);

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik…” (Surah Luqman, ayat 15)

Perhatikan dalam ayat di atas; Allah melarang kita dari memenuhi desakan ibu-bapa kepada kekufuran (mensyirikkan Allah), namun dalam pada itu Allah tetap memerintahkan agar kita bergaul dengan mereka di dunia secara baik. Berkata Imam al-Qurthubi –mengulas ayat di atas-; “Ayat ini menjadi dalil kepada tuntutan supaya mengikat hubungan dengan dua ibu-bapa yang kafir termasuk menafkahi mereka –mengikut yang terdaya- jika mereka miskin, bercakap lembut dengan mereka dan mengajak mereka kepada Islam dengan bahasa yang manis” (Tafsir al-Qurthubi, surah Luqman, ayat 15). Diceritakan dalam hadis bahawa Asma’ binti Abu Bakar, tatkala datang kepadanya ibunya yang masih kafir (musyrik) untuk mengikat hubungan, ia (yakni Asma’) bertanya Nabi; “Ya Rasulullah, perlukah aku mengikat hubungan dengan ibuku itu?”. Nabi menjawab; “Ikatlah hubungan dengannya”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)
Jika terhadap ibu yang kafir kita masih disuruh agar berbuat baik dan tidak memutuskan hubungan, maka apatahlagi dengan ibu yang telah Islam, cuma tidak solehah sahaja. Kita wajib terus menjalinkan ikatan/hubungan dengannya dan pada masa yang sama kita membetulkannya sedikit demi sedikit dengan penuh hikmah. Kita melihat sikap Nabi sendiri, walaupun bapa saudaranya (Abu Thalib) tidak menerima Islam, Nabi terus berhubungan dengannya dan tidak pernah berputus asa mendakwahinya hingga akhir hayatnya (Abu Thalib)

TEGAR TEGAR seorang anak menderhaka ibunya. situasi tadi tak menunjukkan si ibu sedang membuat maksiat malah dia sanggup berlari mendapatkan anaknye dengan hanya bertudungkan kain baju kurung yang dipegang erat dekat kepala. cuba kite imbau masa silam. dari mula lahir hingga sekarang. seberapa banyak pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. :


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) kos menahan marah dengan mu - PERCUMA
6) kos membasuh baju mu - PERCUMA
7) kos memasak - PERCUMA
8) kos mengemas bilik tidur mu - PERCUMA
9) kos menghantar mu pergi tuisyen - PERCUMA
10) kos mendidik mu dengan agama - PERCUMA
11) kos menasihati mu dalam pelbagai masalah - PERCUMA
12) kos mendengar masalah mu - PERCUMA
13) kos menahan malu akibat daripada perbuatan "nakal" mu - PERCUMA
14) kos menyediakan keperluan hidup mu - PERCUMA
        *makanan
        *minuman
        *baju
        *seluar
        *beg
        *kasut
        *alat tulis
        *telefon bimbit
        *topup
        *jam
        *tualan
        *berus gigi
        *sabun
        *elektrik & api
        *laptop
        *duit poket setiap hari
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasih seorang ibu – PERCUMA

WOAAHH, lagi hebat seorang ibu daripada seorang anak yang menjerit jerit dekat ibunya.
jadi, sayangi ibumu. sayangi ahli keluarga mu, nescahaya, kamu akan diberkati dan dirahmati.
oleh itu, jaga adab, perwatakan, akidah dan jag ciri ciri sebagai seorang islam yang sejati :)








Read more...

Pedassss woooiiii... apa nak buat nih??

Siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya kan??
Tadi makan sambal belacan.. mak oiiii. pedas gilerr.. merah terbakar muka.. minum air pon tak lut. tetiba rasa nak share ilmu ngan korang cara cara nak hilang/kurang rasa pedas ni. yela mesti ramai peminat hot and spicy ni nak taw kan. 




Langkah langkah


1. cuci tangan kamu dan kawasan lain yg telah beesentuh dengan cili menggunakan pencuci tangan ataupun sabun biasa bagi mengelakkan rasa terbakar ini tersebar

2. minum susu atau makan mana mana jenis produk tenusu, eg: keju krim atau krim masam untuk legakan rasa kesan Capsicum di dalam mulut

3. Hadkan oksigen dengan menutup kawasan yg terlibat dengan kain atau yogurt, & mulut kamu sekali sekala( jangan pengsan dahla ep)

TIPS 


  • Air sebenarnya tak membantu melegakan rasa pedas. Kepedasan cili menggunakan unit Scoiville iaitu ratio air yang diperlukan untuk menghentikan rasa terbakar Capsaicin. Sebagai contoh ialah cili Jalapeno yang diberi kiraan 2500++ unit dan habaneros berada sekurang kurangnya 350000. (aku pon tak paham, korang angguk2 jela). Ini bermakna untuk menghentikan rasa kepedasan seseorang itu memerlukan 19 gelen air iaitu 1 auns Jalapeno. ha amek kau. kembungla perot
  • sos tomato boleh guna untuk legakan kepedasan
  • rawat kesan terbakar akibat cili pedas  menggunakan minyak sayuran (vege oil)

SELAMAT BERAMAL. hehe


Read more...

Tuesday, 16 October 2012

ngomelan kaum wanita


1. "Payah ah cani. tu nak tutup, ni nak tutup. Keluar rumah sidai kain pon nak kena tutup kepala. Yang lelaki senang je, tayah pakai baju pon takpe"
2. “Hish, kenapalah kita sebagai isteri nak keluar rumah kena mintak izin suami. Suami kita nak keluar nak mintak izin takpe pulak"
3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!
4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!
5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?
6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?
7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
8. "kenapa wanita tak boleh jadi jadi imam? tak boleh azan"

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!
2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!
3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!
4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!
5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!” 


Read more...

Friday, 12 October 2012

JANGAN MARAHLA.. TAMAW TAMAW TAMAW

aku panas je tengok dia tu, tengok muka je aku dah rasa nak pelempang, amboih amboih... senang senang nak lempang anak orang ye.. mana boleh bro..

kenapa marah ye??? hemmm... macam macam la kan. tertekan, rasa dizalimi, dikhianati, diperkecil.. n kebanyakannya berkaitan dengan ego seseorang. semakin besar egonya, semakin besarlah marahnya. grrrr

tapi kan.... taw tak.. 

BURUKNYA FIZIKAL ORANG YANG MARAH NI!!!!
-warna kulit berubah
-kaki n tangan menggeletar
-perilaku lain dari kebiasaan
-gerak geri tak tentu arah
-muka merah padam

LAGI????
-mencaci 
-memaki hamun
-mencarut....
-memukul
-menyerang
-mencederakan sampai ada yang sanggup membunuh
-aniaya diri sendiri

MACAM MANA NAK KAWAL YE??

-didiklah diri merasai kalau2 kita yang bersalah. mesti kita tak suka orang mara kita kan? macam tu jugaklah orang lain. Mereka tak suka dimarahi, tapi suka ditegur dengan lemah lembut n kasih sayang
- baca ta'awwuz "aku berlindung daripada syaitan yang direjam"
-amik wudhuk kerana wudhuk dapat sejukkan api kemarahan
-diam
-berzikir "subhanallah, Alhamdullillah, La ilaha ilah, Allahuakbar, dan sebagainya
-menyebut asma Al husna
-lakukan amalan untuk tambah keimanan n mendidik jiwa
1) solat taubat
2)membaca Al Quran
3)berpuasa sunat
4)bersedekah
5)buat kebaikan dan berpesan kepada orang lain dengan kebaikan

-minum air dan berdoa
-mengawal pernafasan, cuba tarik nafas melalui hidung dengan 7 kiraan.tahan sampai kiraan 14, lepaskan melalui mulut dan hidung secara perlahan2.buat 10 kali ye.
-jaga diet permakanan. makan banyak sayur,kurangkan makan daging merahn banyak makan daging putih, biasakan makan buah dulu baru makan benda lain,jgn makan benda2 yang ada bahan pengawet
-beriadah
-buat aktiviti lain untuk elak marah. lari 10 round padang ke, dengar lagu, usha orang lalu lalang, tengok tv,  sampaila reda marah


INSYAALLAH HATI LEBIH TENANG. selamat beramal. hehe

-




Read more...

Friday, 5 October 2012

ghibah-mengumpat. HINDARKANLAH AKU YA ALLAH


Weh ko taw dia tuu kan…. Sok seh sok seeh.  Ha da mengumpat dah tu. Tambah 1 dosa percuma. Amalan dahlah tak brapa nak banyak, tambah dosa free lagi. Adoi… Eeh kitorang bukan mengumpat taw, kitorang cakap hal sebenar je, sumpah tak tipu taw.. Eh cik adek, cik kak,cik abang, makcik2 pakcik2, sila baca ni..

Mengumpat dalam bahasa Arab adalah ‘ghibah’. Ia berasal daripada perkataan ‘ghaaba’ iaitu hilang daripada pandangan. Disebut ‘ghibah’ kerana perbuatan mengumpat dilakukan tanpa kehadiran orang yang diumpat. (Lihat: 'Umdat al-Qari Syarh Shahih al-Bukhari oleh al-'Aini, 8/208).

Al-Imam al-Munawi berkata: “Ghibah (mengumpat) adalah menyatakan keaiban seseorang di belakangnya sama ada berbentuk perkataan, perbuatan atau isyarat.” (Lihat: Faidh al-Qadir Sayarh al-Jami' al-Shaghir oleh Zainuddin al-Munawi, 3/166).


Nabi sallallaahu 'alaihi wa sallam (s.a.w) pernah menjelaskan mengenai erti mengumpat. Sabda Baginda: “Mengumpat adalah menyebut sesuatu perkara yang tidak disukai saudaramu (di belakangnya). Lalu seorang sahabat Baginda bertanya: Apa pandanganmu sekiranya apa yang aku sebutkan benar-benar ada saudaraku? Nabi menjawab: “Jika engkau menyebut sesuatu yang benar-benar ada pada saudaramu (sedang dia tidak menyukainya), maka kamu sudah mengumpatnya. Jika sesuatu yang kamu sebutkan tidak berlaku ke atas saudaramu, maka kamu sudah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Muslim, no: 2591)

HAA.. Dengan kata lain semua perkara yang dibenci oleh saudara saudara kita apabila didedahkan walaupun ianya benar, usaha untuk didedahkan tuuu TETAP MENGUMPAT oke!!

ANCAMAN ALLAH
Firman Allah, maksudnya: “Dan janganlah mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Maka tentulah kamu berasa jijik padanya. Dan bertakwalah kepada Allah. 
Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat, 49:12)

Firman Allah lagi: Maksudnya: “Kecelakaan bagi pengumpat dan pecela.” (Surah al-Humazah, 104:1)

Sabda Nabi maksudnya: “Sesiapa yang menyelamatkan daging (kehormatan) saudaranya daripada diumpat, nescaya Allah akan membebaskan dia daripada neraka.” (Hadis riwayat Ahmad, no: 27062)

Ini beerti.. Sesiapa yang mengumpat, mencela saudaranya balasannya adalah neraka, NAUZUBILLAH *peringatan untuk diri sendiri juga* . Justeru marilah kita bertaubat.. YA Allah, tak terkira dosaku.. Ampunilah hambamu ini YA ALLAH...






Read more...

my fav song- a thousand years


Dear my future spouse, this is for you....., 
i don't know who you are,
where you are now,
but i'll wait for you..
i'll try my best to be 'isteri solehah' for you...my future spouse <3

*jiwang gila aku.. ni kesan cite twilight la ni




Heartbeats fast
Colors and promises

How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more





Read more...