Thursday, 6 December 2012

Kem Hobert


Beberapa minggu yang lepas, aku dan skuad PALAPESku pergi kem menembak. Sumpah seronok. Walaupun pada mulanya rasa gemuruh untuk memegang M16. Risau jugak. Terbayang macam mana kalau tertembak diri sendiri. Tapi bila dah menembak rasa woww.. Pengalaman yang memang susah nak dapat kat mana mana

Tom tom tom!!! Bunyi menembak, rasa bingit otakku dengar,Suasana kat sini pon dah rasa macam kat medan perang.  Macam mana ek keadaan sebenar. Meremang bulu roma. Secara tiba tiba aku rasa kagumnya pada pahlawan pahlawan Tanah Melayu dulu, macam mana ek rasa kat medan perang yang sebenar, di Gaza yang sedang berjuang.. Kalau nak diikutkan suasana di sini apalah sangat nak dibandingkan dengan medan sebenar.. Setakat hujung jari je bak kata Farid, ydp ku.

Bersama sama Palapes banyak mengajarku untuk mencintai negara, semangat kerjasama antara skuad, hormat pada orang atasan, mengajar meningkatkan modal insan, menguatkan mental dan fizikal diriku.

*kita selalu cakap apa yang negara buat pada kita, tapi jarang kita tertanya tanya apa yang kita sumbang untuk negara*










Read more...

diet ikut jenis darah


Kaedah ni aku baca kat magazine. Daripada Dr Peter J D'amo. Google jelah ek kalau nak kenal sape dia...Jom kenal cara diet yang sesuai untuk darah kita.


Jenis darah
Ciri ciri!!
Jenis O
    • Sistem kekebalannya berlebihan
    • Disarankan ambil makanan tinggi protein dan rendah karbohidrat. Ex: daging, buah,ikan, sayuran
    • Tindak balas yang baik terhadap stress dan dapat menanganinya dengan aktiviti fizikal
    • Risiko terkena penyakit : yg disebabkan oleh radang dan kerosakan organ spt arthritis bila makanan yang diambil tidak bersesuaian dengan tubuh

Jenis A
    • Sistem percenaan yg sensitif
    • Digalakkan utk jadi vegetarian atau makan makanan yg tinggi karbohidrat dan rendah lemak
    • Cara atasi stress: meditasi
    • Sistem kekebalan tak sekuat jenis O

Jenis B
    • Disarankan utk lakukan variasi diet
    • Sangat sesuai untuk menikmati produk susu
    • Disarankan untuk menjalani latihan pergerakan spt renang dan jalan kaki
    • Kalau salah pilih makan, kemungkinan untuk terkena virus yg boleh menyerang saraf adalah sangat tinggi
    • Ada sistem kekebalan tubuh yang kuat
    • Cara atasi stress : lakukan pekerjaan yg perlukan kreativiti
    • Jenis darah yg paling seimbang

Jenis AB
    • Memiliki sistem percenaan yg sangat sensitif
    • Sistem kekebalan tubuh yg sangat seimbang
    • Cara atasi stress: lakukan aktiviti fizikal dan aktiviti yg melibatkan kreativiti
    • Bentuk diet: gabungan A & B





Read more...

atasi kekejangan otot


Eerrrhh cramp. Heii tak warm up ek. Hemm.. Tadi masa joging ada kawan kena kejang otot. Oke kalau kena keadaan ni, macam mana nak buat

  • Otot hamstring pada belakang paha memerlukan banyak regangan berbanding dengan otot quadriceps di bahagian hadapan kaki. So, bila kena kejang otot, lakukan regangan dengan cara membongkok sambil menyentuh pergelangan kaki
  • Kemudian, berdiri tegak dan lenturkan badan ke belakang
  • Sekiranya kejang mula berkurangan, duduk dengan kedua belah kaki terlunjur ke hadapan
  • Bongkokkan badan ke depan sehingga wajah menyentuh lutut

*pastikan sebelum latihan, buat pemanasan dan regangan. Buat betul2 taw. Nanti injured baru taw.tamaw tamaw tamaw

CC to my coach= sir Ganesan.Big thanks to u  for  giving me so much knowledge :)



Read more...

jom berlari!!!


Kini aku bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Cc to tomok
Oke aku suka berlari. Suka berolahraga, suka bersukan. Rasa seronok bila pijak track tu. Rasa bahagia bila berpeluh sebab bersukan. Tak caye. Try lah.. Banyak faedah bersukan nih. Badan cergas minda pon jadi cerdas. Tade la kena obesiti, Jom kita semak cara berjoging yang betul

5 teknik betul berjoging

1. Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok 90 darjah.

2. Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit.

3. Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut.

4. Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.

5. Pastikan berlari atas permukaan selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan rakan pada masa yang sama.






5 panduan mengelakkan kecederaan

1. Pastikan anda berlari di permukaan rata dan lembut seperti di atas rumput atau laluan khas untuk aktiviti ini. Permukaan kaki lima dan konkrit adalah berbahaya dan boleh mendatangkan masalah pada tubuh badan anda.

2. Jangan berlari di permukaan tidak rata atau senget.

3. Tukar kasut larian anda jika ia sudah digunakan untuk larian lebih 900 km kerana kebiasaannya daya anjal dan sokongan kasut hilang apabila kerap digunakan.

4. Mulakan aktiviti ini secara berperingkat. Elakkan menambah jarak larian lebih daripada 10 peratus seminggu. Jika anda mengalami sebarang kesakitan atau rasa tidak selesa akibat larian atau joging, rujuk kepada pakar kesihatan.

5. Sentiasa lakukan sesi memanas dan menyejukkan badan. Sebelum berlari, berjalan secara pantas kira-kira lima minit. Mulakan larian secara perlahan dan tambah kelajuan secara berperingkat. Apabila hampir tamat, kurangkan kelajuan sedikit demi sedikit habiskan larian dengan berjalan. Lakukan sesi menyejukkan badan dengan berjalan selama lima minit diikuti dengan regangan otot selama dua atau tiga minit.




*hari ni 6 round tanpa stop. Sasaran minggu hadapan =10 round. Chaiyok chaiyok mira!!majulah sukan untuk negara.




Read more...

onimania


Oniomania atau kata lainnya SHOPAHOLIC. Ha… mesti ramai yang suka shopping kan.  Jom  tengok anda dari jenis kategori yang mana


COMPULSIVE SHOPAHOLIC
 Pembeli jenis ini biasanya menggunakan shopping sebagai cara untuk mengatasi kebosanan dan kemurungan, dan akan merasa lega dan bahagia bila dah buat pembelian itu. (Lepas dapat barang kesukaan tu, senyum lebarlah) . Bagi mereka, shopping adalah hobi. Masalahnya, pembeli  jenis ini sanggup buat apa saja untuk shopping barang yang diingini  mereka. Jika anda sanggup gunakan kredit kad dan tutup mata je masa keluarkan duit(walaupun tengah kering kontang masa tu) untuk shopping, atau menghentikan segala-galanya yang anda lakukan apabila butik-butik  kegemaran anda ada sales, maka anda mungkin adalah COMPULSIVE SHOPAHOLIC

BULLIMIC SHOPAHOLIC
Pembeli bulimic tidak mempunyai masalah membeli barangan seperti Compulsive shopaholic  lakukan, tetapi rasa resah dan gelisah apabila membeli barang itu membuatkan mereka pulangkan barangan yang ingin dibeli itu ke kaunter pemulangan. Pada mulanya mereka rasa gembira tetapi kemudian mereka akan rasa menyesal dan keliru. Jika anda menyalahkan diri dan menyesal apabila mereka dompet anda semakin kurang wangnya apabila membeli sesuatu, maka  mungkin andajatuh pada kategori ini

TROPHY SHOPPER
Wang bukan masalah bagi anda. Anda tidak kisah untuk membayar sebanyak mana pon asalkan barang yang anda beli itu adalah 'perfect' dan anda akan kelihatan cantik dan 'charming' apabila memakainya. Biasanya barang-barang yang anda beli adalah barang barang berjenama mewah. Jika anda rasakan bahawa anda mempunyai super-expensive taste, maka anda jatuh pada kategori ini.

BARGAIN SHOPAHOLIC
Sales offer adalah kegilaan anda. Nampak sahaja sales, pasti anda akan meluru ke hadapan. Hasilnya, almari  dan rak anda dipenuhi dengan pakaian dan kasut yang tidak pernah dipakai . Kelamahan anda yang paling ketara, anda sukar berjalan keluar tanpa beg plastik di tangan. Walaubagaimanapun, anda boleh tahu harga yang berpatutan untuk sesuatu jenis barang itu.

INTER-RELIANT SHOPAHOLIC
Pembeli jenis ini adalah jenis yang suka menghargai orang lain. Anda suka mndapat sokongan dan galakan dari orang lain. Jadi,  pembeli jenis ini jarang membeli untuk diri sendiri, tetapi suka membeli belah untuk orang lain, dengan harapan untuk merapatkan hubungan.








Read more...

Monday, 3 December 2012

gagal lagi??? aduhh..


Bila kita berhadapan dengan kegagalan, adakala buat kita berfikir yang kita ni tak guna.. Ohh rasa tanak jumpa orang lain.. Rasa  rendah diri… negatif.. Gelisah.. Rasa nak marah.. Betol tak.. Tapi relax la kawan.. Hidup ni macam roda.. Kadang kat atas, kadang di bawah.. Ceh, cakap memang pandai cuba kalau kau kat tempat aku.. Mesti rasa nak cakap macam tu kan.. Oke bagi sapa yang rasa depressed tu n nakkan hidup yang CERIA ini panduannya

CARI HIKMAHNYA
Jangan terus pandang rendah pada apa yang berlaku, ingatlah apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan bagi ujian yang tidak mampu hambanya lakukan. Lagi banyak ujian yang diberikan pada kita, itu maknanya Tuhan sayang kita.. Faham tak sayang?Think positive oke

PANDUAN
Next, mintak panduan n petunjuk daripada orang lain untuk membantu diri kamu ubah dirimu. Kenapa? Kerana dirimu sangat berharga. Hehe, mintaklah nasihat sahabat2, kaunselor, ibu bapa n orang terdekat dengan kamula.Mintak pandangan mereka untuk bantu kamu bangkit dari kegagalan tu. Tapi janganlah nasihat tu masok telinga kanan keluar telinga kiri. Kuatkanlah semangat untuk melakukan apa yang diminta.

PERBAIKI DIRI
Ha, paling penting oke. Selain dari cuba memperbaiki diri, jangan malu untuk ungkapa kata maaf. Tidak kiralah pada diri sendiri atau orang lain. Berjanji pada diri yang kamu takkan ulang lagi kesilapan itu. Cara terbaik kamu tebus kesilapan pada diri sendiri adalah berbuat baik dan lakukan sesuatu yang berfaedah

TERUSKAN BERUSAHA
Sentiasa percaya setiap kegagalan itu adalah jalan untuk kamu menuju kejayaan. Tengok orang yang berjaya. Sir Colonel dulu pon kali ke 1000 barulah resepi kfc diterima. Jangan fikir apabila kamu gagal, semuanya musnah. Nope oke dear, Tidak kiralah sebanyak mana kamu gagal, percayalah tuhan tidak akan mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha. Satu hari nanti impian kamu pasti terlaksana. CHAIYOK CHAIYOKK!! :))

Read more...

Sunday, 2 December 2012

hostel life


Teringat zaman dulu dulu… sememangnya zaman sekolahku, (form1-form3) agak nakal, seronok. Zaman baru mula nak matured. Membesar bersama kawan kawan si asrama SRC, sememangnya memberikan kenangan yang tersendiri. Bangun pagi, makan sama, kelas sama,tidur bersama, semuanya bersama la. Muka diorang je. Tapi itulah yang membuatkan kami rapat.

WAKTU BIRTHDAY- wah paling bes. Memang biasanya kami tak bagi hadiah. Sekadar kad yang dibuat sendiri je. Maklumlah manalah ada duit sangat masa tu. Tapi cara kitorang sambut besday tu, yang paling bes.Biasanya kami rumble cukup cukup  membe tu. Dan berbeza beza. Contohnya, masa birthday mira, diorang taruh garam dalam makanan kat dewan makan tu, perghh rasa masin tu, tapi buat cool je. Pastu sorokkan selipar kat  rooftop. Melompat2 nak capai kasot. Saje korang kan. Malam tu rasalah mandi ngan air stokin.hampeh. Tapi besday diorang lagi terok. Ada yang kami semakkan locker.sebarkan bubuk kan atas katil. Kapur kasut diorang(yang wane putih tu) dengan kiwi.  Letakkan katak kat beg dia. Pakat ngan aspura.. Simbah air padanya kat padang. Dan malamnya, macam biasa,MANDI dengan air sabun, telor, kulit pisang, clorox, ubat gg, dan pelbagai perisa lain. Yang paling aku ingat, besday nyta(sorang kawan baik aku). Besday dia kami pakat dengan kakak yang paling garang untuk tocher dia,. Memandangkan dia yang paling susah nak nangis, kami pakat nak kenakan samai dia nangis. Memang.. Kami pakat untuk kakak tu cakap kenapa dia rampas bf dia. Terkedu2 dia. Sampai dah agak terok tu, kami simbah ngan air sabun ramai2. nangis terok sampai tanak bukak pose(puasa masa tu). Terok kitorang pujuk dia.

FLY- haha, fly mmg paling sinonim ngan budak asrama. Aktiviti mencabar lah katakan. Kalau dapat lepas tu, kira bangga la ngan diri sendiri(masa tu la). Tapi geng aku ni tade la sampai fly malam, nak g mana kan. Fly waktu siang, menyamar jadi outsiders. Pakai baju sekolah(dalam jeans). Pegi tengok wayang pulak, mengacau orang, baling popcorn kat oranglah, tendak kerusi depan,Haha, Tak boleh bla.. Naseb baik tak penah kena bantai. Kalaulah yang kat depan tu ketua samseng, memang dah arwahlah kitorang. Balek je asrama, baju dah petak2.(kesan lipat). Rasa seronok je tengok wayang, bowling, karaoke,  pada waktu yg tak spatutnya. Dulula..

PONTENG PREP- ni memang biasa. Lawak betol. Nak ponteng prep punya pasal, sanggup, merangkak macam askar kat bawah katil, menyorok dalam locker dan macam2 la,.

MENYOROK HANDPHONE- bg budak2  hostel, hp mmg mmg produk2 yang diharamkan. Haha. Tapi adatlah remaja, lagi tak bg buat, lg itulah yang dia nak buat.. Maka apabila berlakunya spotcheck, kelam kabutlah kami, menyorok  hp dalam plastik dan tanam kat dalam tanah kat belakang hostel, toreh tilam, masukkan hp dan jahit balek, tanam dalam pasu bunga, sorok kat baldi bersama baju2 kotor, pisahkan hp dan sorok di celah2 siling, dan sebagainya la.. Kreatif betul kami dulu.

WARDEN- manusia yang paling kami benci dulu( sekarang tak lagi la). Kena kejar ngan warden, kena marah, kena jerit pekik, memang biasa. Sampaikan aku dulu pernah potong sebelah kasutnya menjadi selipar dan dan sebelah lagi bubuh cicak mati. Sebabnya beliau  membuang seliparku yg berharga rm10 sebab tak susun. Haish Astaghfirullah, apalah kami dulu.


 mandi hujan, panjat pokok, menari2 dalam dorm, kejar2, belajar sama2 dan pelbagai lagi aktiviti  aktiviti lain …… yang kalau cerita, sampai esok pon tak habis. Sememangnya, hidup di asrama tersangatlah bes.Suka duka hidup dengan korang takkan kulupa sampai mati.. Walaupun kami nakal, tapi kami masih tahu menghormati guru, dan kamilah harapan sekolah. 1,2,3 RANCANGAN KHAS.. Sentiasa di hati.






Read more...