Beberapa
minggu yang lepas, aku dan skuad PALAPESku pergi kem menembak. Sumpah seronok.
Walaupun pada mulanya rasa gemuruh untuk memegang M16. Risau jugak. Terbayang
macam mana kalau tertembak diri sendiri. Tapi bila dah menembak rasa woww..
Pengalaman yang memang susah nak dapat kat mana mana
Tom tom
tom!!! Bunyi menembak, rasa bingit otakku dengar,Suasana kat sini pon dah rasa
macam kat medan perang. Macam mana ek
keadaan sebenar. Meremang bulu roma. Secara tiba tiba aku rasa kagumnya pada
pahlawan pahlawan Tanah Melayu dulu, macam mana ek rasa kat medan perang yang
sebenar, di Gaza yang sedang berjuang.. Kalau nak diikutkan suasana di sini
apalah sangat nak dibandingkan dengan medan sebenar.. Setakat hujung jari je
bak kata Farid, ydp ku.
Bersama
sama Palapes banyak mengajarku untuk mencintai negara, semangat kerjasama
antara skuad, hormat pada orang atasan, mengajar meningkatkan modal insan,
menguatkan mental dan fizikal diriku.
*kita
selalu cakap apa yang negara buat pada kita, tapi jarang kita tertanya tanya
apa yang kita sumbang untuk negara*



bestnya.. my dear eykha.. i have try it in plkn and its totally awesome
ReplyDelete