Antara Hadis Rasulullah S.A.W Tentang Akhir Zaman Ialah :
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
* Sahih Bukhari*
Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan
seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
* Sahih Muslim*
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
* Abu Hurairah r.a*
“read more”
Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
* Ibnu Majah*
Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"
* Riwayat Nasai.*
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
* Riwayat Ahmad dan Hakim*
Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran."
* Riwayat Ahmad*
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
* Riwayat Thabrani*
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
* Riwayat Ahmad*
Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
* Riwayat Thabrani*
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
* Sahih Muslim*
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar"
* Riwayat Ahmad*
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai
* Sahih Muslim*
Semua tanda2 yang Rasullah SAW nyatakan sudah ada, yang terkini..Salji turun di Dubai (BH, 31 Dis.2004).Sesungguhnya Allah telah memberikan peringatan kepada manusia.
Read more...
Wednesday, 19 December 2012
Friday, 14 December 2012
1/2/34
Hari ni tarikh yang paling cantik dalam kalendar hijrah. 1/2/34. mesti ramai yang tak perasan kan. sibuk nak kawen tarikh 12/12/12 je. Jumu'ah mubarakah to all of you. :))
Read more...
Read more...
Pesta buku- #readmorelearmore
Pesta
buku di Bangi kembali lagi… Hey geeks, book lovers, book worms lai lai datang The Mines. Susah nak jumpa kat
tempat lain ni..
Aku beli
9 novels, 5 of them are hardcover books. Baru RM72. Kat luar? 1 buku je mau dah
RM40++. Kat sini??
1=RM8..Nampak tak berapa perbezaan tu. Oke, boleh jerit skarang. Oopps
jangan salah faham, bukan buku tak laku taw. Many of them are bestselling books
taw.
Sampai
bila?? =Sampai 23 disember 2012. Sila cek kalendar skarang.
Jenis buku
- novels (for young adult, fiction, non-fiction, thriller, romance)
- ensklopedia
- architecture books,
- humour
- cookery
- music and movies
- mangga( comics)
- banyak lagi!!!!
![]() |
| borong borong!! |
![]() |
| buku buku mangga (comics) |
![]() |
| semua sibuk memilih |
*akhir kata, amalkan budaya membaca dalam hidup kita. membaca kan jambatan ilmu. ayat pertama yang diturunkan pada Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W pon iqra'(bacalah).. Makin banyak anda membaca makin banyak ilmu yang kita dapat
Read more...
Wednesday, 12 December 2012
Detective conan-case closed
Hari ni nak story mori pasal
my fav comic ever, Detective Conan. Dalam bahasa Jepun 名探偵コナン (Meitantei Conan)
Mesti ramai yang minat anime ni kan. Aku
pengumpul komik Detective Conan ni sejak dari zaman skolah rendah lagi taw.Siap ada
rak khas lagi untuk komik ni je. Oke, I'm addicted to it, aku mengaku tu. Bagi aku
anime ni lain dari yang lain, coz baca je betul2 buat kita berfikir dan
tertanya tanya siapa pembunuhnya. Dasyatnya author dia, Gosho Oyama. Gosho
Oyama masih lagi menulis komik sejak 2 Februari,1994 dan masih lagi menulis.
Shinici Kudo adalah pelajar sekolah tinggi (17 tahun)
yang kerap membantu polis untuk menyelesaikan kes. Semasa penyiasatan, dia
diserang oleh dua penjenayah, nama kod Gin dan Vodka, daripada sindiket yang
dikenali sebagai Organisasi Hitam. Mereka memaksa dia menelan racun eksperimen,
APTX 4869, dan meninggalkan dia untuk mati. Sejenis kesan sampingan racun,
bagaimanapun, mengubah badan Kudo ke kanak-kanak dan bukannya membunuhnya.
Menggunakan nama samaran Conan Edogawa, Kudo
menyembunyikan identitinya untuk menyiasat Organisasi Hitam. Dia berpura-pura untuk menjadi seorang
kanak-kanak dan tinggal bersama teman wanitanya, Ran Mouri yang bapanya juga seorang detektif dan
menjejaki Organisasi Hitam itu.
CC to
wikipedia detective conan-wikipedia
Sekarang
ni mira lebih suka baca komik ni di mangareader.net sebab susah nak jumpa komik
edisi terbaru. … tapi taklah seseronok baca pada komik.
Di
Malaysia ada anime Detective conan ini di saluran Astro 611 dan TV3
Read more...
Tuesday, 11 December 2012
yang ni boleh ke tak boleh??
Assalamualaikum.. terdengar salam di luar. jenguk jenguk oooh family maklong datang.. Dah molek dah pergi sambut tetamu tapi tudung mana kak. Alah sepupu je pon, dok main sama sama masa kecik.. Ha, yang ni yang kita biasa dengar, Eh awak, serapat mana pon kalau dah bukan mahram mana boleh salam, mana boleh tunjuk aurat taw.. ha, ni.. cuba tengok bawah ni
Nampak tak tu...oke.. selamat beramal
Read more...
Nampak tak tu...oke.. selamat beramal
Read more...
sahabat..
Sambil
dengar lagu sahabat sejati-unic sambil ingat kisah lama, kisah zaman kanak
kanak di tadika, zaman remaja di sekolah rendah dan menengah, zaman matrik
sehinggalah zaman universiti…
SAHABAT-
datang dan pergi. Sahabat sewaktu gembira amatlah ramai, tapi, waktu susah
memang sukar untuk kita cari.. Aku bersyukur kerana sepanjang hidupku, aku
dikurniakan ramai sahabat2 yang baik. (walaupun ada kala berjumpa dengan hanya
di depan sahaja kawan). Kalau kita
berkawan dengan penjual minyak wangi, maka wangilah kita, kalau kita berkawan
dengan penjual arak, maka busukla kita. Kawan yang baik adalah kawan yang
sentiasa mengingatkan sahabatnya dengan kebaikan, bukan melalaikan.
Terima
kasih sahabatku, yang setia menjadi temanku, yang setia mendengar keluhan hati
rakanmu, yang sanggup menolong ketika aku dalam kesusahan. Aku adalah manusia
biasa yang punya banyak kelemahan. Mungkin ada kala aku menyakitkan hatimu,
dalam tidak aku sedar. Mungkin ada kala aku ego untuk menyatakan kesalahanku.
Tapi aku amat berharap kau adalah sahabatku yang setia yang menunjukkan apa
yang ku salah.
Read more...
Thursday, 6 December 2012
Kem Hobert
Beberapa
minggu yang lepas, aku dan skuad PALAPESku pergi kem menembak. Sumpah seronok.
Walaupun pada mulanya rasa gemuruh untuk memegang M16. Risau jugak. Terbayang
macam mana kalau tertembak diri sendiri. Tapi bila dah menembak rasa woww..
Pengalaman yang memang susah nak dapat kat mana mana
Tom tom
tom!!! Bunyi menembak, rasa bingit otakku dengar,Suasana kat sini pon dah rasa
macam kat medan perang. Macam mana ek
keadaan sebenar. Meremang bulu roma. Secara tiba tiba aku rasa kagumnya pada
pahlawan pahlawan Tanah Melayu dulu, macam mana ek rasa kat medan perang yang
sebenar, di Gaza yang sedang berjuang.. Kalau nak diikutkan suasana di sini
apalah sangat nak dibandingkan dengan medan sebenar.. Setakat hujung jari je
bak kata Farid, ydp ku.
Bersama
sama Palapes banyak mengajarku untuk mencintai negara, semangat kerjasama
antara skuad, hormat pada orang atasan, mengajar meningkatkan modal insan,
menguatkan mental dan fizikal diriku.
*kita
selalu cakap apa yang negara buat pada kita, tapi jarang kita tertanya tanya
apa yang kita sumbang untuk negara*
Read more...
diet ikut jenis darah
Kaedah ni
aku baca kat magazine. Daripada Dr Peter J D'amo. Google jelah ek kalau nak
kenal sape dia...Jom kenal cara diet yang sesuai untuk darah kita.
Jenis darah
|
Ciri ciri!!
|
Jenis O
|
|
Jenis A
|
|
Jenis B
|
|
Jenis
AB
|
|
Read more...
atasi kekejangan otot
Eerrrhh
cramp. Heii tak warm up ek. Hemm.. Tadi masa joging ada kawan kena kejang otot.
Oke kalau kena keadaan ni, macam mana nak buat
- Otot hamstring pada belakang paha memerlukan banyak regangan berbanding dengan otot quadriceps di bahagian hadapan kaki. So, bila kena kejang otot, lakukan regangan dengan cara membongkok sambil menyentuh pergelangan kaki
- Kemudian, berdiri tegak dan lenturkan badan ke belakang
- Sekiranya kejang mula berkurangan, duduk dengan kedua belah kaki terlunjur ke hadapan
- Bongkokkan badan ke depan sehingga wajah menyentuh lutut
*pastikan sebelum latihan, buat pemanasan dan regangan. Buat betul2
taw. Nanti injured baru taw.tamaw tamaw tamaw
CC to my coach= sir Ganesan.Big
thanks to u for giving me so much knowledge :)
Read more...
jom berlari!!!
Kini aku
bebas ‘tuk berlari
Mengejar
impian aku
Yang
terkunci
Walaupun
tanpamu di sisi
Aku kan
berlari
Teruskan
berlari
Cc to tomok
Oke aku
suka berlari. Suka berolahraga, suka bersukan. Rasa seronok bila pijak track
tu. Rasa bahagia bila berpeluh sebab bersukan. Tak caye. Try lah.. Banyak
faedah bersukan nih. Badan cergas minda pon jadi cerdas. Tade la kena obesiti,
Jom kita semak cara berjoging yang betul
5 teknik betul berjoging
1.
Biarkan lengan menghayun secara semula jadi dan pastikan juga siku membengkok
90 darjah.
2.
Pastikan kepala dan badan tegak manakala pinggul pula ke depan sedikit.
3.
Rehatkan rahang dan bahu ketika berlari dan cuba bernafas melalui hidung dan
menghembusnya melalui mulut.
4.
Pastikan kaki diletak atau dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan
sebaik kaki mencecah tanah.
5.
Pastikan berlari atas permukaan selesa, yang membolehkan anda berbicara dengan
rakan pada masa yang sama.
5 panduan mengelakkan kecederaan
1.
Pastikan anda berlari di permukaan rata dan lembut seperti di atas rumput atau
laluan khas untuk aktiviti ini. Permukaan kaki lima dan konkrit adalah
berbahaya dan boleh mendatangkan masalah pada tubuh badan anda.
2. Jangan
berlari di permukaan tidak rata atau senget.
3. Tukar
kasut larian anda jika ia sudah digunakan untuk larian lebih 900 km kerana
kebiasaannya daya anjal dan sokongan kasut hilang apabila kerap digunakan.
4.
Mulakan aktiviti ini secara berperingkat. Elakkan menambah jarak larian lebih
daripada 10 peratus seminggu. Jika anda mengalami sebarang kesakitan atau rasa
tidak selesa akibat larian atau joging, rujuk kepada pakar kesihatan.
5.
Sentiasa lakukan sesi memanas dan menyejukkan badan. Sebelum berlari, berjalan
secara pantas kira-kira lima minit. Mulakan larian secara perlahan dan tambah
kelajuan secara berperingkat. Apabila hampir tamat, kurangkan kelajuan sedikit
demi sedikit habiskan larian dengan berjalan. Lakukan sesi menyejukkan badan
dengan berjalan selama lima minit diikuti dengan regangan otot selama dua atau
tiga minit.
*hari ni
6 round tanpa stop. Sasaran minggu hadapan =10 round. Chaiyok chaiyok
mira!!majulah sukan untuk negara.
Read more...
onimania
Oniomania atau kata lainnya SHOPAHOLIC. Ha… mesti ramai yang suka shopping kan. Jom tengok anda dari jenis kategori yang mana
COMPULSIVE SHOPAHOLIC
Pembeli jenis ini biasanya
menggunakan shopping sebagai cara untuk mengatasi kebosanan dan kemurungan, dan
akan merasa lega dan bahagia bila dah buat pembelian itu. (Lepas dapat barang
kesukaan tu, senyum lebarlah) . Bagi mereka, shopping adalah hobi. Masalahnya,
pembeli jenis ini sanggup buat apa saja
untuk shopping barang yang diingini
mereka. Jika anda sanggup gunakan kredit kad dan tutup mata je masa
keluarkan duit(walaupun tengah kering kontang masa tu) untuk shopping, atau
menghentikan segala-galanya yang anda lakukan apabila butik-butik kegemaran anda ada sales, maka anda mungkin
adalah COMPULSIVE
SHOPAHOLIC
BULLIMIC SHOPAHOLIC
Pembeli
bulimic tidak mempunyai masalah membeli barangan seperti Compulsive
shopaholic lakukan, tetapi rasa resah
dan gelisah apabila membeli barang itu membuatkan mereka pulangkan barangan
yang ingin dibeli itu ke kaunter pemulangan. Pada mulanya mereka rasa gembira
tetapi kemudian mereka akan rasa menyesal dan keliru. Jika anda menyalahkan
diri dan menyesal apabila mereka dompet anda semakin kurang wangnya apabila
membeli sesuatu, maka mungkin andajatuh
pada kategori ini
TROPHY SHOPPER
Wang
bukan masalah bagi anda. Anda tidak kisah untuk membayar sebanyak mana pon
asalkan barang yang anda beli itu adalah 'perfect' dan anda akan kelihatan
cantik dan 'charming' apabila memakainya. Biasanya barang-barang yang anda beli
adalah barang barang berjenama mewah. Jika anda rasakan bahawa anda mempunyai
super-expensive taste, maka anda jatuh pada kategori ini.
BARGAIN SHOPAHOLIC
Sales
offer adalah kegilaan anda. Nampak sahaja sales, pasti anda akan meluru ke
hadapan. Hasilnya, almari dan rak anda
dipenuhi dengan pakaian dan kasut yang tidak pernah dipakai . Kelamahan anda
yang paling ketara, anda sukar berjalan keluar tanpa beg plastik di tangan.
Walaubagaimanapun, anda boleh tahu harga yang berpatutan untuk sesuatu jenis
barang itu.
INTER-RELIANT SHOPAHOLIC
Pembeli
jenis ini adalah jenis yang suka menghargai orang lain. Anda suka mndapat
sokongan dan galakan dari orang lain. Jadi,
pembeli jenis ini jarang membeli untuk diri sendiri, tetapi suka membeli
belah untuk orang lain, dengan harapan untuk merapatkan hubungan.
Read more...
Monday, 3 December 2012
gagal lagi??? aduhh..
Bila kita
berhadapan dengan kegagalan, adakala buat kita berfikir yang kita ni tak guna..
Ohh rasa tanak jumpa orang lain.. Rasa
rendah diri… negatif.. Gelisah.. Rasa nak marah.. Betol tak.. Tapi relax
la kawan.. Hidup ni macam roda.. Kadang kat atas, kadang di bawah.. Ceh, cakap
memang pandai cuba kalau kau kat tempat aku.. Mesti rasa nak cakap macam tu
kan.. Oke bagi sapa yang rasa depressed tu n nakkan hidup yang CERIA ini panduannya
CARI HIKMAHNYA
Jangan
terus pandang rendah pada apa yang berlaku, ingatlah apa yang berlaku ada
hikmahnya. Allah takkan bagi ujian yang tidak mampu hambanya lakukan. Lagi
banyak ujian yang diberikan pada kita, itu maknanya Tuhan sayang kita.. Faham
tak sayang?Think positive oke
PANDUAN
Next,
mintak panduan n petunjuk daripada orang lain untuk membantu diri kamu ubah
dirimu. Kenapa? Kerana dirimu sangat berharga. Hehe, mintaklah nasihat
sahabat2, kaunselor, ibu bapa n orang terdekat dengan kamula.Mintak pandangan
mereka untuk bantu kamu bangkit dari kegagalan tu. Tapi janganlah nasihat tu
masok telinga kanan keluar telinga kiri. Kuatkanlah semangat untuk melakukan
apa yang diminta.
PERBAIKI DIRI
Ha,
paling penting oke. Selain dari cuba memperbaiki diri, jangan malu untuk
ungkapa kata maaf. Tidak kiralah pada diri sendiri atau orang lain. Berjanji
pada diri yang kamu takkan ulang lagi kesilapan itu. Cara terbaik kamu tebus
kesilapan pada diri sendiri adalah berbuat baik dan lakukan sesuatu yang
berfaedah
TERUSKAN BERUSAHA
Sentiasa
percaya setiap kegagalan itu adalah jalan untuk kamu menuju kejayaan. Tengok
orang yang berjaya. Sir Colonel dulu pon kali ke 1000 barulah resepi kfc
diterima. Jangan fikir apabila kamu gagal, semuanya musnah. Nope oke dear,
Tidak kiralah sebanyak mana kamu gagal, percayalah tuhan tidak akan
mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha. Satu hari nanti impian kamu pasti
terlaksana. CHAIYOK CHAIYOKK!! :))
Read more...
Sunday, 2 December 2012
hostel life
Teringat
zaman dulu dulu… sememangnya zaman sekolahku, (form1-form3) agak nakal,
seronok. Zaman baru mula nak
matured. Membesar bersama kawan kawan si asrama SRC, sememangnya
memberikan kenangan yang tersendiri. Bangun pagi, makan sama, kelas sama,tidur
bersama, semuanya bersama la. Muka diorang je. Tapi itulah yang membuatkan kami
rapat.
WAKTU BIRTHDAY- wah paling bes. Memang biasanya
kami tak bagi hadiah. Sekadar kad yang dibuat sendiri je. Maklumlah manalah ada
duit sangat masa tu. Tapi cara kitorang sambut besday tu, yang paling
bes.Biasanya kami rumble cukup cukup
membe tu. Dan berbeza beza. Contohnya, masa birthday mira, diorang taruh
garam dalam makanan kat dewan makan tu, perghh rasa masin tu, tapi buat cool
je. Pastu sorokkan selipar kat rooftop.
Melompat2 nak capai kasot. Saje korang kan. Malam tu rasalah mandi ngan air
stokin.hampeh. Tapi besday diorang lagi terok. Ada yang kami semakkan
locker.sebarkan bubuk kan atas katil. Kapur kasut diorang(yang wane putih tu)
dengan kiwi. Letakkan katak kat beg dia.
Pakat ngan aspura.. Simbah air padanya kat padang. Dan malamnya, macam
biasa,MANDI dengan air sabun, telor, kulit pisang, clorox, ubat gg, dan
pelbagai perisa lain. Yang paling aku ingat, besday nyta(sorang kawan baik aku).
Besday dia kami pakat dengan kakak yang paling garang untuk tocher dia,.
Memandangkan dia yang paling susah nak nangis, kami pakat nak kenakan samai dia
nangis. Memang.. Kami pakat untuk kakak tu cakap kenapa dia rampas bf dia.
Terkedu2 dia. Sampai dah agak terok tu, kami simbah ngan air sabun ramai2.
nangis terok sampai tanak bukak pose(puasa masa tu). Terok kitorang pujuk dia.
FLY- haha, fly mmg paling sinonim ngan budak
asrama. Aktiviti mencabar lah katakan. Kalau dapat lepas tu, kira bangga la
ngan diri sendiri(masa tu la). Tapi geng aku ni tade la sampai fly malam, nak g
mana kan. Fly waktu siang, menyamar jadi outsiders. Pakai baju sekolah(dalam
jeans). Pegi tengok wayang pulak, mengacau orang, baling popcorn kat oranglah,
tendak kerusi depan,Haha, Tak boleh bla.. Naseb baik tak penah kena bantai.
Kalaulah yang kat depan tu ketua samseng, memang dah arwahlah kitorang. Balek je
asrama, baju dah petak2.(kesan lipat). Rasa seronok je tengok wayang, bowling,
karaoke, pada waktu yg tak spatutnya.
Dulula..
PONTENG PREP- ni memang biasa. Lawak betol. Nak
ponteng prep punya pasal, sanggup, merangkak macam askar kat bawah katil,
menyorok dalam locker dan macam2 la,.
MENYOROK HANDPHONE- bg budak2 hostel, hp mmg mmg produk2 yang diharamkan.
Haha. Tapi adatlah remaja, lagi tak bg buat, lg itulah yang dia nak buat.. Maka
apabila berlakunya spotcheck, kelam kabutlah kami, menyorok hp dalam plastik dan tanam kat dalam tanah
kat belakang hostel, toreh tilam, masukkan hp dan jahit balek, tanam dalam pasu
bunga, sorok kat baldi bersama baju2 kotor, pisahkan hp dan sorok di celah2
siling, dan sebagainya la.. Kreatif betul kami dulu.
WARDEN- manusia yang paling kami benci dulu(
sekarang tak lagi la). Kena kejar ngan warden, kena marah, kena jerit pekik,
memang biasa. Sampaikan aku dulu pernah potong sebelah kasutnya menjadi selipar
dan dan sebelah lagi bubuh cicak mati. Sebabnya beliau membuang seliparku yg berharga rm10 sebab tak
susun. Haish Astaghfirullah, apalah kami dulu.
mandi hujan, panjat pokok, menari2 dalam dorm,
kejar2, belajar sama2 dan pelbagai lagi aktiviti aktiviti lain …… yang kalau cerita, sampai
esok pon tak habis. Sememangnya, hidup di asrama tersangatlah bes.Suka duka
hidup dengan korang takkan kulupa sampai mati.. Walaupun kami nakal, tapi kami
masih tahu menghormati guru, dan kamilah harapan sekolah. 1,2,3 RANCANGAN KHAS.. Sentiasa di hati.
Read more...
Saturday, 24 November 2012
FADHILAT 10 muharram
hari ni 10 muharram, iaitu hari assyura...
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)
Read more...
Sesungguhnya kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang mengamalkan puasa sunat ini amatlah besar. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Qatadah (maksudnya): “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". (Hadis sahih riwayat Imam al-Tirmizi).
Dalam riwayat yang lain pula disebutkan bagaimana Rasulullah SAW begitu mengambil berat dan memberi keutamaan kepada amalan puasa pada hari ‘Asyura ini. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura ini, lalu beliau berkata: “Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah SAW berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”. (Riwayat Imam Muslim)
Read more...
Sunday, 18 November 2012
ya Allah bantulah saudaraku.. #prayforGAZA
Allahuakbar.aku yang baru pulang dari kem menembak palapes terkejut apabila membuka facebook. rupa rupanya 1 muharram ketika kami bertolak ke gurun untuk latihan menembak, ketika itu Gaza diserang oleh israel laknatullah. Sebak aku membaca berita tentangnya. Kami yang di latihan menembak itupun dah cukup sukar dirasakan inikan saudara saudara seislam yang merasa pertumpahan darah itu. Ya Tuhanku, apa yang boleh ku lakukan? Aku masih tidak mampu untuk berjuang untuk Malaysia yang aman bagaimana untuk berjuang di bumi sana.
namun ada usaha yang kita mampu lakukan....
Bantuan tenaga dan diri
Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
Bantuan Harta
Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam.
Bantuan Doa
Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.
Read more...
namun ada usaha yang kita mampu lakukan....
Bantuan tenaga dan diri
Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
Bantuan Harta
Bagi yang tidak mampu pergi, sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam.
Bantuan Doa
Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yang mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini.
Doa anda boleh bacanya sebagai :-
a- Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana anda tidak bergerak besar berturut-turut sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemudian terus turun sujud, tiada berturut-turut.
Read more...
Tuesday, 6 November 2012
tak boleh tidur malam?? opps.... anda ada simtom insomnia ke?
oke. sekarang jam dah pukul 2.19 pagi dan mira tak tidur lagi. So, entry kali ni... mira nak share info pasal insomnia la. so sape sape yang geng burung antu n klawar boleh la usha usha kot kot membantu kan
Mempelajari
teknik merehatkan mental dan fizikal
Tidur
pada waktu yang sama pada setiap hari
Elakkan
tidur pada waktu tengah hari
Melakukan
senaman dengan kerap
Bergantung
kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti
kopi atau teh pada lewat petang atau malam
Jangan
merokok
Belajar
menangani tekanan
Pastikan
persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.
Read more...
Apa tu insomnia ha?
Ia
merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau
menghadapi masalah tidur.
Tahap
insomnia
*
Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari,
fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
*
Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan,
menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
*
Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan
lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan
berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.
Jenis insomnia
*
Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi
kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi
kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin
disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.
A. Psikiatri
* Masalah kemurungan,
skizofrenia
B. Bukan psikiatri
§ Ubat-ubatan
untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
§ Sindrom
Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
§ Epilepsi
§ Penyakit
kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
§ Pola
tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
§ Penyakit
Parkinson
§ Penyakit
Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
§ sejenis
penyakit genetik tetapi jarang berlaku
§ Rest
leg syndrome
§ Pedih
hulu hati
§ High
altitude insomnia
§ Angin
ahmar
§ Penyakit
Alzheimer
§ Ketumbuhan
otak
§ Migrain
TIPS
UNTUK MENGATASI!!!!
Read more...
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)






.jpg)











